Ahad, 2 November 2014

Gani Setahil Dah Bangun Belum...!


Diatas ialah laporan Polis yang dibuat oleh rakyat marhaein yang mahukan tindakan diambil keatas Peguam Negara..! Siapa? Peguam Negara??? Akan ada kah tindakan? Kini pihak Polis pulak bersuara...

Polis Tunggu Arahan Peguam Negara Dakwa PPS

Pasukan Peronda Polis (PPS) Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sama ada akan mendakwa 157 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditahan pada 31 Ogos lepas. 

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan dan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. 
 
"Memang mereka (anggota PPS) telah diberi jaminan kedua oleh polis pada Rabu lepas dan sebenarnya tidak timbul isu polis tidak cukup bukti atau sebagainya kerana menyambung jaminan tersebut. 
 
"Sebaliknya polis mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu memberi lanjutan jaminan sehingga Pejabat Peguam Negara memberi arahan untuk mendakwa semua anggota PPS berkenaan," katanya.

Abdul Rahim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Whitening Black Spot di kawasan Bukit Gedung, di sini hari ini. 

Beliau mengulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilaporkan berkata lanjutan tempoh jaminan untuk kali kedua sehingga 1 Dis ini terhadap anggota PPS itu menunjukkan bahawa peguam negara dan polis tidak ada bukti kukuh semasa menangkap anggota PPS. 

Lim turut dilaporkan berkata bahawa tindakan menangkap mereka adalah sesuatu yang tidak berasas langsung. 

Pada 31 Ogos lepas, 154 anggota PPS ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. 

Ini disusuli penahanan anggota exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang merupakan pengerusi PPS, Phee Boon Poh, pada hari yang sama dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer sehari selepas itu. 

Timbalan Pengerusi PPS merangkap Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik ditahan pada 4 September. 
Agak agak ada ke tindakan???
Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Gani patail?arghhhhhhhhhhh ngantuk!!!!

    BalasPadam
  2. SELAGI AG SPESIS TAK BOLEH PAKAIT NI DOK BERCOKOL MAKAN GAJI BUTA,JGN HARAP LA PUAK PUAK KOMUNIS DAN TAIK TAIK PEMBANGKANG AKAN DI DAKWA..

    BalasPadam
  3. PPS adalah pasukan komunis baru

    BalasPadam
  4. Klau polis ppinang dh kata ada ckup bukti apa fsl AG tk brtndak. Ada apa2 kot ? Tkut dkt LGE @ orng atas jngn @ tak buat kja ! Kes LGE pethan kalimah pun tk kdngran dn gitu jga kes ramasmy challenge TPM adakn 13 Mei pun dok tang mna pun tak tau walaupn kes2 ni lporan polis d buat. AG apa hal ni rakyt nak tau !

    BalasPadam
  5. Satu kesilapan yang paling besar yang dilakukan oleh PM Najib yang melantik
    Gani Patail sebagai AG. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk AG berundur dengan cara terhormat. kerana segala tindakan yang dilakukan tidak melambangkan sebagai AG yang berkredebaliti.

    BalasPadam