Sabtu, 1 November 2014

SAH ~ UMNO Selangor Terbukti Sudah Bangkit..!


UMNO Selangor terbukti sudah bangkit..! 

Najib tak habis habis kena tipu dengan kepimpinan UMNO Selangor..! Sejak menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dari 20 akhirnya cuma tinggal 12 kerusi didalam PRU13 yang lalu.

Selepas itu kita semua masih ingat bagaimana Najib 'terpesona dan dipesona' hingga turun di beberapa PDM semasa malam akhir PRK Kajang ..! 

Hakikatnya Najib terus kena 'main' dengan UMNO Selangor..!

Masa Najib buka majlis memang ramai...melimpah ruah..! bila sepupu tutup...!

Lu FIkir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Umno Selangor perlu berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri dan Presiden Umno itu turut menggariskan tiga realiti yang perlu Umno Selangor terima, iaitu kedudukan Umno sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosioekonomi yang rancak dan hakikat ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar serta semi bandar.
Najib berkata Umno Selangor tidak boleh lagi terus menggunakan strategi dan langkah yang sama dengan harapan untuk mendapatkan hasil berlainan.
"Kalau tak mengubah strategi, hala tuju, pendekatan dan mindset apakah kita boleh harapkan outcome (hasil) yang berbeza.
"Apakah kita memerlukan pemikiran yang luar biasa, strategi yang luar dari kelaziman dan pemikiran luar dari kotak untuk menentukan kejayaan yang amat diidam oleh kita?," katanya ketika merasmikan Konvensyen Umno Selangor di PWTC di sini, Sabtu.
Beliau berkata Umno Selangor juga perlu mengambil peluang daripada kekalutan kepimpinan pakatan pembangkang Selangor kini untuk mengembalikan sokongan rakyat Selangor kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Mengambil contoh krisis air di negeri itu dan 'Kajang Move', yang disifatkan sebagai menyusahkan rakyat Selangor, Najib berkata inilah masa yang paling sesuai untuk Umno Selangor menyusun barisan serta jenteranya.
"Kita perlu tunjuk kepada rakyat Selangor bahawa kepimpinan Umno lebih baik, lebih bermakna, lebih jujur pada rakyat, lebih mementingkan perjuangan untuk membela nasib rakyat," katanya.
Beliau turut menegur jentera Umno Selangor yang disifatkannya masih lembap dan mahu Badan Perhubungan Umno Selangor meningkatkan usaha mereka dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Kita masih lembap lagi. Saya tengok angka, saya ingin katakan kita masih lembap lagi. Kenapa tak tambah pengundi... tambah ahli Umno?," kata beliau.
"Prestasi kita tak berapa menggalakkan lagi. Bangkitlah kita daripada keadaan ini. Dengan semangat baharu saya akan bantu Umno Selangor untuk mencapai kejayaan," katanya.
Umno dan BN menghadapi kekalahan berturut-turut dalam PRU12 dan PRU13.
Dalam PRU13, BN hanya memenangi 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, berbanding 20 kerusi pada PRU12.
Najib berkata beliau yakin jika Umno Selangor mampu bangun daripada kekalahan yang dihadapi, tiada sebab mengapa parti itu tidak boleh kembali semula untuk menguasai Selangor pada PRU14.
"Tidak ada apa yang akan menggembirakan hati saya daripada melihat kita menebus maruah kita dalam PRU akan datang. Tidak ada yang akan lebih menggembirakan saya daripada melihat Umno berkuasa kembali (di Selangor)," katanya.
Sejumlah 2,000 peserta antaranya terdiri daripada kepimpinan Umno peringkat bahagian, anggota Pemuda, Wanita dan Puteri Umno, Kelab Veteran Umno, dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Selangor menghadiri konvensyen kali ini.
Turut menghadiri konvensyen yang diadakan buat pertama kali dalam hampir 10 tahun itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Lagi kata Najib...


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak UMNO Selangor yang  disifatkan masih lembab dalam pelbagai aspek untuk memenangi hati rakyat dan pengundi di negeri berkenaan.

Katanya, ketika Pakatan Pembangkang di Selangor bergolak dengan pelbagai isu, UMNO Selangor sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk mendekati rakyat.

"Saya minta maaf sebab terpaksa bercakap dalam nada begini. Tetapi saya perlu berterus terang dan jujur," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tengahari tadi.

Najib yang beberapa kali mengulangi perkataan saya malu, saya perit dan saya letih dengan keadaan di Selangor meminta pemimpin sedia ada supaya segera bangkit dan beliau sendiri memberi jaminan akan membantu ke tahap maksimum untuk merampas semula Selangor. - Berita Harian

8 ulasan:

  1. Garangnya najib.....sekali imbas macam woong fei hoong,2 Kali macam rosmah!!!!takut.....

    BalasPadam
  2. Siapa yg sediakan skrip garang kali ni? Umno selangor: ada aku kesah.....hehehe...tak.sudah2 najib kena temberang.

    BalasPadam
  3. dgn mca xnak plak grg mcm ni

    BalasPadam
  4. Najib Nie Mat Blurrr berpanjangan, Senang diperbodohkan oleh Noh Ommari dan lain2..

    Ubah Lah Pucuk Kepimpinan Selangor.. Dah Kalah kenapa nak dikekalkan lagi..

    Haiii

    Blurrr Blurrr Blurr memanjang..

    BalasPadam
  5. Aku orang johor sekali sekala ke selangor jumpa kawan lama...pemikiran mereka memang menolak umno kebanyakannya..UMNO selangor perlu bersungguh sungguh menunjukkan kepada org melayu selangor yg mereka melayu 100%....kasi tolong semua orang susah di selangor...kalau terpaksa bergolok bergadai jangan kisah sangat...berkorban apa saja...tunjukkan dengan rakyat melayu yg kamu juga sanggup bersusah payah kerana kamu akan di hargai.. kalau ada harta berpikul kena derma ...dan cuba turunkan taraf hidup tuan sama dengan org kebanyakan...salah satu faktor kekalahan umno kerana hilang kepercayaan org ramai....orang yg pangkah kamu ...hidup masih sama di takuk lama ...sebaliknya mereka yg menang...kaya tiba tiba....jangan cerita pasal hak bangsa pendatang dgn org melayu kerana mereka menyampah nak dengar....kelebihan pembangkang mereka bersungguh tabur fitnah..sampai majoriti percaya..

    BalasPadam
  6. Betulah cakap Tun M.UMNO Selangor gagal ambil peluang disebalik krisis dalam PR.

    BalasPadam
  7. umno selangor kena berubah ..tetapi kena ubah najib dulu, selagi dia ada dan tak boleh ajar bini dia bertudung dan tampil sebagai seorang muslimah...selagi itu umno seluruh negara akan menerima bala bencana yg berterusan

    BalasPadam
  8. Umno Selangor dah nak jadi macam Umno Kelantan.. lagi syok jadi pembangkang sampai ke tua.. Aku tak rasa boleh bangkit dah ni. Habis la Selangor jadi jajahan Dap. Melayu duduk tepi longkang je pasni rumah mahal nak mampus

    BalasPadam