Sabtu, 1 November 2014

Pengkhianat UM Kena 9 Pertuduhan Tatatertib..!


Nampaknya kehendak pengkhianat mahasiswa dan Universiti Malaya ini bakal tercapai..! Semoga cabarannya direalisasikan oleh pihak UM..! Syabas..!

Fahmi Zainol

Universiti Malaya

Pertuduhan


Wakil pelajar UM
Lampira notis prosiding pertuduhan tatatertib ke atas wakil pelajar dan presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.

PETALING JAYA: Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berdepan sembilan pertuduhan atas kesalahan menganjur dan menyertai ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan sebuah portal berita online, Fahmi menerima sepucuk surat pada Jumaat dan diminta untuk menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin di universiti tersebut pada 7 November ini.
Dia memberitahu portal tersebut bahawa lapan lagi pelajar lain yang terlibat dalam ceramah itu turut menerima surat daripada universiti berkenaan.

Pada Isnin, keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.

UM membantah penganjuran ceramah itu dan Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar UM), Prof Datuk Dr. Rohana Yusof berkata kakitangan universiti terbabit diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekitarnya pada pukul 4 petang.

Pada pukul 7 malam, dua pintu pagar utama universiti tersebut dikunci dan dikawal ketat oleh anggota keselamatan.

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Patut dibuang terus. Bukan setakat demo lagi tapi mengkhianati dan menceroboh UM. Perangai kurang ajar pula dan siap mencabar pulak. Anwar berani sebab duit dah berbillion tapi budak hingusan ni, degree pun belum ada dan simpanan mungkin harapkan PTPTN saja.

    BalasPadam
  2. macam mentor dia juga x habis studi asyik mengscheme saja

    BalasPadam
  3. Rasa rasa masih ramai anak anak muda yang memerlukan bantuan untuk belajar di IPTA di negera kita, Kalau lah UM buang sorang manusia macam ni tak merugikan kerana masih ramai yang menunggu untuk mengambil tempatnya. Minta minta UM akan melakukan tindakan sepatutnya dan jangan lah nak melayan kerenah spesis yang tidak reti mengenang budi macam dia.

    BalasPadam