Layan...
KENYATAAN MEDIA
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Saya amat menyambut baik dan menjunjung kasih titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap piha-pihak yang terlibat. Titah yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad semalam menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-Raja terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
DYMM Raja-Raja pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ianya melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara. Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara. Titah DYMM Raja-Raja dalam hal ini amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.
Oleh kerana DYMM Raja-Raja telah bertitah menggesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan kemelut 1MDB, maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan. Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu YAB Perdana Menteri sendiri.
Beliau mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi-agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak. Lebih penting lagi, jika hasil siasatian mendapati terdapat pihak-pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan undang-undang perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.
Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB. Sepertimana yang dilaporkan oleh media, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia, telah membuat kenyataan bahawa BNM telah pun menyelesaikan siasatan berhubung transaksi 1MDB dan hasil siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara pada bulan Ogos yang lalu.
Jika hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.
Saya khuatir oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis. Adalah wajar bagi Peguam Negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini.
Mengambil semangat titah DYMM Raja-Raja berhubung kemelut 1MDB, agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap 1MDB mesti diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk meneruskan siasatan terhadap syarikat ini hingga selesai dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Begitu juga dengan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Keanggotaan PAC mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa ini meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB. Amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.
Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC. Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
Pada hemat saya, perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan. Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala. Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Saya juga berasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB. Yang terbaharu ialah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB.
Seingat saya SOSMA adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme. Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan? Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu. Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal. 1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara.
Memandangkan DYMM Raja-Raja telahpun bertitah menggesa kerajaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit, maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali. Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya.
Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berasaskan perlembagaan dan undang-undang negara dalam menyelesaikan kemelut 1MDB bukan sahaja akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis malah mencemarkan nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.
Dalam beberapa lawatan saya ke luar negara yang mutakhir ini, saya sering ditanya oleh pemimpin negara luar tentang isu 1MDB. Mereka berasa amat hairan dengan apa yang terjadi kepada negara kita. Mereka tidak percaya sebuah syarikat pelaburan strategik negara menanggung hutang berbillion ringgit dan menghadapi masalah aliran tunai yang kronik sehingga tidak mampu untuk membayar hutang-piutang syarikat. Lebih malang jika wang dalam kantung syarikat ini juga telah lesap.
Malaysia adalah sebuah negara yang amat dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan diyakini oleh para pelabur dan pedagang di seluruh dunia. Janganlah kita biarkan kemelut 1MDB mencemarkan nama baik Malaysia. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi kerajaan dan pihak berkuasa negara kita menjunjung sepenuhnya titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.
TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO
7 Oktober 2015
Rakyat menyambut baik kenyataan Muhyiddin yang merafak sembah titah Kebawah Duli Raja Raja Melayu..! Sesungguhnya apa yang digusarkan oleh Paduka Baginda Tuanku semua merupakan keresahan rakyat terbanyak..!
Kalau kenyataan Muhyiddin ini juga akan dianggap salah oleh para pengampu lalu UMNO mahu mengenakan tindakan terhadap Muhyiddin maka jelas lah bahawa perjuangan UMNO kini bukan lagi berlandaskan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara..!
Kalau benar berlaku maka kepimpinan UMNO sebenarnya berjuang demi Najib dan sekutunya untuk kepentingan diri mereka sesama mereka..!
Diwaktu itu...ahli UMNO dan rakyat pasti akan bertindak untuk menyelamatkan parti keramat..!
Suara rakyat adalah suara keramat..! Suara keramat inilah yang selama ini mempastikan negara terus berdaulat..! Bangsa terpelihara dan bermartabat..! Maruah terus diangkat..! Kesucian agama dibela terhormat..!
Pasti terserlah dan terbongkar si Kitol dan Mandaliar yang selamanya terbangsat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Terbaiiklah... тәd маиөғғ
BalasPadamWakaka panas punggong la macai Najib...jangka hayat Najib tak lama dah tu....kepala pun dah putih...dah tak ada seri kih kih kih
BalasPadamTed manoff nak derma 2.6 bilion tak? Tapi aku bagi ni hang senyap2 ja jangan bagi tau nek tempoyak nati dia meroyan kata cia/mossad/pkrsodomi/dapig nak kena kan hang...
BalasPadamEh nek tempoyak puihhh kt muka nek tempoyak gila meroyan wakakakaka
PadamDah meroyan ke nek tempoyak..?
PadamNek Tempoyak Keparat = Penyodot Tolo Najib Dugong = Penjilat Kangkang Rosmah Penguin = Pencacai Pelahap Bangkai Babi
Padam..meleleh leleh air liur nek tempoyak keparat menengok tolo najib...
Mana macai Najib ni? Dulu kata nak sama WSJ hari selasa ni dah masuk 3 bulan daaaaa.... la ni bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik pulak buat hal...Najib ugut nak saman kalo tak minx maaf...
BalasPadamKUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan mohon maaf terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas mengeluarkan kenyataan meminta peletakan jawatan beliau kerana didakwa menyalahguna kuasanya sebagai Perdana Menteri.
"Kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya akan mempertahankan diri,
"Saya sekali lagi mempertahankan kenyataan saya. Saya tidak akan memohon maaf," kata Liong Sik dalam satu kenyataan.
Mari kita ramai2 keberanian pahlawan bugis pondan lagi bapok untuk saman bekas presiden MCA ni...wakakkaka macai2 dia bukan main berani serang orang yang kritik Najib...tapi boss sendiri tak ada telor nak saman...wakakakakakaka puihhhh kt muka pencacai Najib otak lembu...
Pesanan says untuk TSMY......
BalasPadamOleh kerana...
Jawatan TPM telah dipecat, dan
Jawatan Timbalan Presiden UMNO di
Cold Storaged,
Maka biarlah berputih tulang dari kita berputih mata. Alang2 mandi, biar basah sekali. Alang2 menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Teruskan Tan Sri...jutaan rakyat bersama mu...Insya Allah..!!!
Hasutan iblis dh mula.. iblis mmg suka kita gaduh2 spy pecah.. then musuh akan masuk utk jahanamkan negara!
PadamMemberikan ruang seluas2nya bukan bermaksud boleh tikam belakang IMDB atau khianati siasatan spt puak2 PAC Tony Phuan, Patail Ghani.. bocor rahsia siasatan kpd org asing. cerdik kome putar belit kes pemecatan..tp salah laku mereka bocorkan rahsia siasatan sampai ke Amerika sane ko xde canang pulak?
BalasPadam2.34,
BalasPadambukan kah najib pernah keluarkan kenyataan bahawa tiada nak disembunyikan dengan penubuhan pasukan petugas khas dan PAC?
ingat! tiada apa yang nak disembunyikan! dah lupa?
hari ini apa yang terjadi?
MAKIN GILABABI DAH TUN KELING NEHH!!!
BalasPadamTun Dr Mahathir mahu Muhyiddin jadi Perdana Menteri
BANGI, Khamis – “Mungkin bekas Timbalan Perdana Menteri”. Demikian jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ditanya seorang wartawan mengenai visi beliau berkenaan kepemimpinan yang dikehendaki, beliau berkata, seorang pemimpin mesti prihatin terhadap negara, bukan untuk kepentingan diri sendiri.
“Sekarang saya dapati bukan sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin. Anda memerlukan seseorang yang sanggup melakukan sesuatu demi negara.
“Anda perlu, sehingga satu tahap, pelihara kedudukan anda, tetapi ia adalah bagi membolehkan anda untuk melakukan perkara-perkara yang baik untuk negara,” katanya dalam temu bual dengan majalah The Diplomat yang disiarkan semalam.
Ditanya oleh wartawan Joyce Lee mengenai pemimpin mana yang beliau anggap sesuai menggantikan Datuk Seri Najib Razak,
Memang terdesak sgt dah si keling tua kutuk neh..
1- Siapa dia pandai2 nak atur pilih pengganti Najib.. kau tak sedar diri kah keling tua kau nk memerintah UMNO mcm UMNO tu bapak kau punya kah? atau kau menang sudah pasang pengkhianat2 dlm UMNO spy menjalankan kerja2 jahat kau?
2- Wahhh... kau namakan TS Muhyiddin Yassin.. supaya kau senang bodohkan dia dan jadikan dia mangsa seterusnya untuk dinasibkan seperti Najib.. ??? Kau tahu karektor Ty Muhyiddin macam mana untuk kau pergunakan nanti supaya hajat jahat kau tercapai??
Aku minta doa supaya Allah SWT gagalkan perancangan kau dan datangkan lah pembalasan yang pedit buat kau makhluk jijik bernama Mahathir Mohamed (LAKNATULLAH)!
306 ..macai PENYAPU Tetap Dan Berpencen Najib Bapok daa menggelupurrr..kehkehkehkeh!!!
Padam
PadamRasulullallah dah pesan, jangan suka memburuk2kan org, menghina bahasa kesat, memaki hamun, takut semua tu berbalik kpd diri yg menyebut.
Dari cara kau berbahasa dan susun ayat, aku rasa mmg tepat sabda baginda.
Allah dah bayar cash.
Buat masa ni tinggallah kau dalam lautan gelisah dan kebencian.
Itupun azab psikologi yg pedih jugak.
ytl ngelupor....jambatan bengkok ngelupor.....habih cina ngelupor....madey kena kerja kuat sikit walau dah pencen. dah ujung2 ni....cina takut dah tak ade madey....tak ade tempat mengadu.....
BalasPadamJho Low tu melayu ker??!!
Padam