Isnin, 5 Oktober 2015

Posto..! Posto.!


Layan...

Bismillahirahmannirrahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN.
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi. Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran. Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.
Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan. Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara. Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan. Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu. 
Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS. Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka. Saya rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi bersuara kerana pihak yang bersalah dilihat belum insaf. 
Apalah pilihan yang ada pada saya untuk membuat aduan mengikut prosedur jabatan apabila hampir semua ketua-ketua jabatan terbabit dengan komplot membohongi rakyat sambil "merestui perlakuan jenayah" pemimpin-pemimpin tertinggi negara!!! "What choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN. Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang. 
Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.
Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya.
Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT. Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja. Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan. Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini.
Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT. 
Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang. Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal???
Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan. Seluruh peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan dengan cerita-cerita bohong yang kononnya saya ini "meroyan" dan seperti seorang yang "gila talak" selepas "ditendang keluar" dari Cawangan Khas. Oh...oh...oh...jauh sekali melesetnya pemikiran mereka. Sebenarnya saya bukan seperti mereka yang hanya suka dan pandai "menjilat" tulang-tulang yang dilemparkan oleh pemimpin politik haprak ini.
Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak serta tangan isteri mereka. Sebelum ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian saya kepada anakbuah saya di dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela meneruskan perkhidmatan dalam Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol dengan mereka untuk membohongi rakyat dengan kerja-kerja kotor demi menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya itu dalam kes "rompakan" wang 1MDB ini.
Saya juga tidak mahu diperalatkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang lagaknya seperti seorang gengster. Jika beginilah kotornya imejnya dua pemimpin tertinggi negara maka sebagai seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya tidak sekali-kali ingin meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM. Sebaliknya saya merayu kepada KPN supaya saya dikekalkan di Bukit Aman, paling tidak dalam Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) supaya saya boleh terus menyumbang secara positif kepada PDRM dalam hal-hal disiplin dan pembasmian rasuah.
Itu saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan diri memerangi kemungkaran. Ingat ye....saya tidak pernah menghasut mana-mana warga Cawangan Khas untuk menyokong segala usaha saya menegakkan kebenaran. Mereka sudah matang dan boleh berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera. Semaklah semua rekod komunikasi saya. Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan yang baik dan bukannya memfitnah orang-orang yang terdahulu. Saya berjuang bersendirian tanpa ada bodyguard. Insya allah saya tidak memerlukan tenaga Unit Tindakan Khas dan outrider polis untuk menjaga keselamatan saya. I AM NOT A COWARD!!! Kepada Dato Sri Fuzi Harun saya menyeru supaya jangan membodek berlebih sangat. Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel......I Know What You Did Last Summer!!!
Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu tertentu. Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berniat baik.
@sumpahkeramat@


Tak cium tangan..! tak jilat tak ngampu la maknanya...!

Ada yang sakit perut?

Lu Fikir La Sendiri!!!

15 ulasan:

  1. Cayalah dato dah dedah semua. Lepas ni penjilat rosjib berpeluh ketiak cari isu menafikan surat terbuka.
    Harap lepas ni ramai yg berani dedahkan perkara sebenar. Nak jadi munafik atau amanah tepuk dada tanya iman.
    Lebih baik jawab sekarang dari jawab dalam KUBUR.

    BalasPadam
  2. Macai Penyapu Tetap Dan Berpencen si bapok tengah sebok mencari ayat ayat sampah menjilat menyodot telo najib..

    BalasPadam
  3. Tak semudah itu orang nak percaya..bila rahmat ditarik kita mula meroyan..sasau..menegakkan benang basah..semasa kau berkuasa..kenapa diam membisu..kenapa setelah di arah berpindah kau mula menyalak..bila kita hilang kawan..bila kawan kawan mula berpaling apa yang tinggal..umpama syaitan yang akan menarik semua umat manusia keneraka bersama sama biar hancur ..seumpama sikitul kerana nafsu Malaya dipenuhi kafir lahanatulah..bergitu juga tuan sekarang..alang alang menyeluk pekasam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn sedap fitnah org.....sekrng ni awak patut dia...'apa yg dato buat dan apa pendirian dato sehingga diarah berpindah???
      Wahai anon 1.03...esok dipadang mashar, awak jawablah fitnah dah nista yg awak lempar padanya.

      Padam
    2. bangkai bernyawa dalam Polis yg kaki makan rasuah dan salah guna kuasa mcm hamid bedol bongok inilah menyebabkan banyak jenayah terancang di gagalkan nya.. termasuk sabotaj pada PM..

      aku rasa zaman keling jd PM.. mangkok ayon ni dh kena masuk ISA.. sbb keling pantang org lawan dia... tambahan penjawat awam kaki rasuah mcm ni senang lah exPM keling kenakan!

      Padam
    3. anon balaci 1.44pg..

      padang mahsyar ni milik ko ke?
      padang mahsyar exPM mamak tu tak kena jawab ke fitnah2 bercambah2 dia telah buat?

      macai tolong cermin diri dulu ckp bab fitnah hari2? kau juga tak terlepas di mahsyar.. jgn ingt kau boleh jilat exPM mamak byg duit tu di mahsyar kau rasa tak kena hisab??


      Padam
  4. Hamid Bahalol ni tak usah le dilayan
    Kena pindah sikit meraban meroyan
    Mulut pun udah jadi mulut tempayan
    Kah kah mentimun nak gelek durian

    BalasPadam
  5. Macai Matdey dah pening ke hulu ke hilir
    Ted lahabau menangis air mata mengalir
    Wak Seman Kadok jadi kelu lidah terjelir
    Adzzam tua pula dah sentot batang pelir

    BalasPadam
  6. Udah2 lee situa bangka takyah.berselindung dibelakang macai2 kamu.kalau ada bran sendiri lee buat report polis atau saman saja najib tuh!

    BalasPadam
  7. Sememangnya melayu malaya tak ada lagi maruah setelah dibangsatkat oleh najib, zahid, menteri2 berkenaan dan pegawai2 tertinggi kerajaan yang hanya jaga pangkat tanpa segan silu salahguna kuasa dan lupa gaji2 mereka adalah dibayar dari duit cukai pendapatan kita.......fikir kalau kita tak halalkan duit gaji mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawan Tetap Lawan Mahazalim6 Oktober 2015 pada 8:49 PG

      sememangnya Melayu2 bodoh mcm kau dan kairudin penyamun penang tu xde maruah setelah dibangsatkan oleh keling tamak haloba.

      alasan yg keling cipta utk jatuhkan org lain budak darjah 5 pun boleh fikir.. reka cipta fitnah hari2.. lepas tu terang2 tnjuk sifat angkuh utk hina PM.. mcm lah dunia ini semua boleh dibeli dgn wang.. rakyat tak bodoh nk menilai game jahat rejim keling dan pakatan jahat DAP dgn keling semata2 utk jahanamkan Melayu..

      melayu2 hanyir lendir yg bergayut dgn rasuah dan wang projek kroni spt anak Mahathaik itulah melayu2 celop BANGSAT yg merosakkan masa depan melayu!

      Bg mahathaik Melayu DEB hanyalah anak2nya dan kroni2 yg pandai MENJILATnya sehingga ke tapak kakinya!! lihatlah dasar penswastaan rejim Mahathaik yg memeras ugut rakyat, kenaikan demi kenaikan brkala yg dirancangnya utk MEMBODOHKAN rakyat akhirnya PM2 selepasnya pulak tanggung masalah besar..


      Mahathaik tun kau lah BANGSA dan PEMBELOT bangsa Melayu.. penderhakaan kau pd Tunku Abdul Rahman, memecahbelahkan UMNO sehingga hancor, mwujudkan melayu2 kaki MAKAN RASUAH dengan menggunakan UMNO sbg hostnya supaya dia KEKAL berkuasa dgn tamaknya selama 22 tahun... jangan bohong budak2 baru lahir tahun bolehlah macai2 Mahathaik nk bohong!

      MAHATHAIK tun PEMBANGSAT MELAYU!!

      Padam
    2. Macai najib 8.49,

      Benar kata guru agama yang dipercayai yang pemakan wang haram akan dikaburkan matanya, dipekakkan telinga nya dan dibisu mulutnya dar melihat, mendengar dan menyoal kemungkaran.

      Bagi melayu dalam dan luar umno yang gagal dibangsatkan dan maruahnya masih dapat dipertahan, kami terus akan berdoa dan mendesak agar penghalang kepada usaha menghapuskan perompak khazanah negara akan diturunkan dari takhta secepat mungkin.......

      Padam
    3. 8.49

      Chai ternakan yang dibutakan mata dan hatinya semata mata mendapat upah dari najib.

      Apabila hidup rakyat kian dizalimi dengan penindasan setiap hari...... Apakah yang dimaksudkan dengan penindasan dan dizalimi setiap hari?

      Ini fakta;

      Yang dimaksudkan ialah, GST yang dikenakan setiap hari kita beli barang2 keperluan untuk sara diri dan barang2 keperluan harian dan bukanlah pula membeli barang2 mewah.

      Diburukkan lagi harga minyak petrol yang secara purata meningkat naik. (Maksudnya, secara purata, harga turun petrol sedikit berbanding harga kenaikan)

      Adakah kami rakyat marhaen mengalami situasi seperti ini semasa pemerintahan zaman tun?

      Adakah kita menjumpai begitu ramai rakyat gelandangan semasa pemerintahan rejim najib hari ini berbanding zaman tun?

      Dan cai ternakan 8.49 dan pengampu najib,

      apa mereka kisah dan tidak mahu ambil tahu nasib rakyat, jika mereka telah mendapat telah habuan masing2 dan mengenyangkan tembolok masing2 padahal rakyat masih sayangkan umno dan hanya mahukan najib letak jawatan.

      Padam
  8. Bongok betul lah penjilat Tun. Asalkan kita sokong najib, di gelarkan macai. Asal sokong najib dituduh dibayar duit.
    Lantaklah nk sokong sape pun. Apsal nk melatah? Mcm ada buat salah je si tun tu?

    BalasPadam