Rabu, 7 Oktober 2015

Kepentingan Siapa Yang Lebih Utama?


Masih ada kah lagi kesedaran ini..?

Sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimeterai, Malaysia diibaratkan sebagai negara yang tidak mementingkan bangsa, kata veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid.
Bekas menteri besar pusat dan menteri besar Kedah itu berkata disebabkan ingin "berkawan" dengan Amerika Syarikat, Malaysia terlupa bahawa negara itu sebuah “negara pokai”.

"Kalau orang lemas di sungai, kayu pun dia pegang, najis pun dia pegang. Sekarang umpama tiada kepentingan bangsa.
"(Tetapi) sebab nak berkawan dengan Amerika, kita lupa yang negara mereka itu negara yang pokai dan disokong oleh kapitalisme.
"Kalau orang politik bolehlah cakap TPPA ini penyelamat kita. Saya pun orang politik juga dulu. Tapi sekarang bertaubat banyak dah," katanya sambil menerima tepukan dari hadirin.
Bekas menteri besar Kedah itu berkata demikian dalam program Bicara Minda di Shah Alam hari ini.
Sanusi juga memberi amaran bahawa kesan menandatangani TPPA tidak akan dirasai sekarang seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Sebaliknya, katanya, kesan jangka masa panjang bakal dirasai memandangkan pelbagai barangan akan dinaikkan harga termasuk ubat-ubatan.
"Ia bergantung kepada anda ingin ambil hati siapa.
"Kalau nak jaga hati kawan, Amerika, anda akan tanda tangan sebab semua ini Amerika yang punya idea.
"Ia tidak akan memberi kesan dalam jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang, ya. Ia tidak seperti GST," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Wow jambunya pahlawan bugis pondan lagi bapok kih kih kih

    BalasPadam
  2. Kucing haiwan comel tapi kenapa tahinya busuk?

    BalasPadam
  3. Wow..nmpaknya bloger berbayar dh mula 'keras' terhadap tun m...baru dpt arahanlah tuu..

    BalasPadam
  4. Mana perginya...nek tempoyak nii..? aku rindu..nak maki hamun nii..komen beliau...prOoTt

    BalasPadam
  5. Tadi melalui ruangan niaga buletin utama menyiarkn kedudukan terkini urus niaga pasaran saham bskl menokok 20 mata dari1660 kepada 1680.kenaikan ini merupakan yg tertinggi pada tahun ini disokong oleh dats export yg memberangsgkan bagi bulan ogos dan matawang ringgit diniagakn menaik.ini disebabkn oleh jualan us dollar oleh pedagang mata wang..itu ulasan pakar2 ekonomi dari perbankan yg terkemuka berdasarkn data2.

    BalasPadam
  6. Ketika Najib mula ambil alih pentadbiran negara, US$1.00 bersamaan nilai RM3.30. Dalam 6 tahun dia memerintah, Ringgit terus menjunam dah hampir mencecah RM5.00.
    Pemimpin jenis apa ini ....???

    BalasPadam