Bukan rakyat yang kata..! Bank Negara yang sebut..! Pihak yang berintegriti menjaga perjalanan kewangan negara dan pihak yang menyiasat berkaitan salah laku 1MDB..!
Tak sampai 24 jam selepas AG buat kenyataan memeluk cium 1MDB akhirnya Bank Negara membuktikan kebenaran tetap mengatasi kebathilan..!
Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).
Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) kepada 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83 bilion ke Malaysia dan mengemukakan satu pelan baginya untuk tujuan ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.
Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Bank Negara telah menyiasat 1MDB di bawah ECA atas dakwaan dengan sengaja atau dengan melulu, membuat kenyataan palsu.
Kertas siasatan itu telah dikemukakan pada 21 Ogos.
Bagaimanapun, Timbalan Peguam Cara Negara 1 Datuk Abd Majid Hamzah memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh 1MDB dan tiada tindakan lanjut perlu diambil, kata kenyataan itu.
Kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan itu dimaklumkan kepada Bank Negara pada hari yang sama.
Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara membuat permintaan supaya keputusan itu disemak semula tetapi selepas menimbangkan permintaan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusannya kerana tidak ada bukti baru yang telah diberikan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata, keputusan peguam negara berkenaan dengan siasatan terhadap 1MDB berkaitan dengan syor Bank Negara untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran di bawah ECA.
Bank Negara berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara.
Sebagai pihak berkuasa penyiasatan, katanya, bank berkenaan bertanggungjawab untuk menjalankan siasatannya pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci.
Pihak bank itu, tambahnya, pada setiap masa mengkehendaki pendedahan maklumat lengkap dan tepat oleh pemohon dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA.
Di pihaknya, kata kenyataan itu lagi, bank berkenaan telah membuat kesimpulan bahawa kebenaran yang diperlukan di bawah ECA untuk pelaburan 1MDB di luar negara telah diperolehi berdasarkan maklumat yang tidak tepat atau tanpa pendedahan lengkap maklumat bahan yang relevan pada penilaian pihak bank terhadap permohonan 1MDB.
Katanya, bank pusat itu akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. [Baca laporan penuh]
Ada integriti lagi ke pihak AG? ada maruah ke lagi? kepercayaan dan keyakinan rakyat tentu sudah jauh dan semakin hilang terhadap AG atas pendedahan berani lagi benar pihak Bank Negara..!
Lepas ni Najib nak tukar Gabenor Bank Negara pulak ke?
Agak agak???
Lu FIkir La Sendiri!!!
I read with interest an encouraging comment by one lawyer by the name of Amir that the public, BNM etc could challenge decision of AG not to proceed with prosecuting 1MDB officials over breach of BNM's Act.
BalasPadamJust before Merdeka Days Bersih 4 had managed to raise more than a million RM from supporters and or sympathisers to finance the 2 day rally and its other undertakings.
NOW would it be appropriate for any NGO or members of public to start raising donations to challenge AG in the court? The money raised PUBLIC MONEY FOR JUSTICE should be sufficient for the legal team expenses. Of course those lawyers must contribute their energy and expertise if justicd is to be won.
What say you?
Seronoknya....tengok Mohd najib dan rosmah..bersenam ..hebat kak mah..
BalasPadamPn marina, noor farida.....any takers?
BalasPadamPenyumbang ready, ada peguam sedia?
BalasPadamNak tengok rosmah senam robik...tanya sama awan apa awan cakap...hujan turun
BalasPadamKalau dah bentuk dugong, tetap dugong jugak. Takkan boleh menjadi duyong.
Padam