Isnin, 17 November 2014

1 Gila ~ 2000 Dapat Bala..!


Mencegah lebih baik dari mengubat...! Diharap pihak berkuasa dapat meningkatkan penguatkuasaan keatas kebanjiran warga asing dan juga para majikan yang mengambil kesempatan ke atas pekerjanya..!

Terutama dalam bidang keselamatan yang boleh mengancam nyawa..!

Tindakan seorang pengawal keselamatan Kawalan Prima Sdn Bhd menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib tahun lalu telah menyebabkan 2000 pegawai keselamatan yang lain hilang pekerjaan.
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed selepas mendengar penjelasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai Prosedur Pemantauan dan Perlesenan Syarikat Kawalan Keselamatan serta Pegawai Keselamatan.
Dalam prosiding hari ini, PAC dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) KDN, Datuk Seri Mohd Khalid Syarif bahawa kementerian itu sedang mengkaji semula Akta Kawalan Keselamatan.
“Beliau telah menyatakan kajian semula Akta Kawalan Keselamatan yang tidak digubal sejak 1971 yang banyak bergantung kepada arahan kementerian untuk melaksanakannya.
“Jadi beliau sedang merancang untuk menjadikan arahan kementerian sebagai undang-undang kecil ataupun dimasukkan ke dalam akta yang akan digubal untuk dibentangkan dalam parlimen nanti.
“Tujuan kuasa diberikan kepada kementerian untuk menentukan mereka yang bertanggungjawab dalam syarikat seperti lembaga pengarah atau pengarah urusan yang akan dipertanggungjawabkan dalam kawal selia tatacara syarikat dan juga tatacara pegawai keselamatan yang mereka gajikan,” katanya.
Menurut Jazlan, 45 daripada 802 lesen telah dibatalkan kerana melanggar syarat perlesenan.
Bagi mengatasi masalah itu, kata Jazlan, KDN telah mewujudkan satu program latihan bersepadu Certified Security Guard (CSG) bagi melatih pengawal keselamatan secara berperingkat-peringkat di negara ini.
“Mereka menjalankan latihan dari berbagai segi untuk menjalankan tugas mereka dan akhirnya juga untuk memberi pengiktirafan bertauliah kepada mereka sebagai pengawal keselamatan yang mantap.
Ini juga diharapkan akan meningkatkan imej pengawal keselamatan di negara ini,” sambil menambah terdapat lebih 13,000 pengawal keselamatan asing dari Nepal dan 163,000 pengawal keselamatan tempatan.
LU Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Sudah tiba masanya Malaysia sepatutnya mengkaji balik sistem Kawalan Keselamatan (Security Guard). Pendekatan yang dicadangkan adalah meniru acuan USA, bilamana individu yang ingin menjadi ahli Pasukan Polis / Security adalah dipilih secara terperinci dari Puasat Latihan khusus. Peserta yang cemerlang akan diserap sebagai anggota polis dan yang kurang cemerlang akan diserap sebagai anggota security. Ini akan menjamin kualiti kerja dan skill individu itu sendiri.
    Sekiranya prestasi kerja yang ditunjukkan oleh individu semasa dalam pasukan security memberangsangkan, maka individu ini akan diserap kedalam pasukan polis. Begitu juga sebaliknya sekiranya prestasi individu semasa dalam pasukan polis tidak menunjukkan peningkatan / lemah, maka individu ini akan diturunkan ke pasukan security. Ini untu k menjamin tahap keselamatan yang terbaik bagi negara Malaysia dan cuba membendung gejala yang tidak sihat dalam bidang security dan keselamatan awam.

    BalasPadam
  2. ni semua sembang je...syarikat kawalan keselamatan dh ujud sgt lama di malaysia ni tapi tahap security guard masih disitu jugak like it was 40 years ago...cuma dieri gaji naik tapi kelulusan darjah enam pon takde...pls go and diskuss this dlm umno big meeting...masa meeting semangat berdegor degor..dh abes meeting...duk tang tu jugak...sori ..jgn terasa ea...I just like to point the facts.

    BalasPadam