Sabtu, 15 November 2014

HOT MH17 ~ Air To Air Strike...Malaysia Bercakap Bagi Pihak Siapa..!!!



















Pagi ini kita dihidangkan dengan isu terbaru yang melibatkan MH17...

Televisyen Rusia  awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) menyiarkan "imej satelit" yang didakwa menunjukkan pesawat MAS MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh jet pejuang menjelang sidang kemuncak ekonomi G20 di Australia Sabtu.


Dakwaan Rusia ini bertentangan dengan kesimpulan awal pasukan penyiasat blok Barat terhadap MH17 bahawa ianya jatuh selepas ditembak peluru berpandu darat ke udara.

TV Rusia yang menyiarkan imej tersebut Channel One melaporkan ianya diambil beberapa ketika sebelum pesawat membawa 298 penumpang dan anak kapal itu terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai.

"Sebelum sidang kemuncak di Brisbane (lewat malam Sabtu waktu Malaysia), Perdana Menteri Australia [Tony] Abbott telah mengancam untuk berdepan dengan Presiden Rusia mengenai MH17," kata penyampai, Mikhail Leontyev.

"Mari kita cuba untuk membuat tugas beliau sedikit lebih mudah."

Pada Jumaat, media antarabangsa Rusia, Russia Today melaporkan firma keselamatan udara Rusia mendedahkan perkara sama.

Laporan agensi berita Rusia, RT yang memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Keselamatan Penerbangan, Sergey Melnichenko berkata, terdapat satu atau dua pesawat dipercayai milik tentera berdekatan MH17 dikesan sebelum dan kira-kira 20 minit selepas tragedi itu.

Menurut Melnichenko, maklumat radar berkenaan dikumpul pada hari kejadian oleh stesen radar yang terletak di Rostov, Rusia, dekat sempadan Ukraine.

“Data terbabit jelas menunjukkan ketika pesawat MH17 terhempas dan selepas kejadian, ada pesawat lain terbang ke arah utara di laluan yang sama.

“Pesawat berkenaan kelihatan seperti pesawat tentera kerana jaraknya sangat rapat antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan kemungkinan terdapat satu atau dua jet tempur di situ,” katanya.

Selain itu, Melnichenko berkata, bukti lain yang menunjukkan pesawat terbabit adalah milik tentera kerana mereka tidak bertindak-balas apabila diimbas oleh radar, berbeza dengan pesawat awam yang sering membalas isyarat.

Jelasnya, pesawat tentera kebiasaannya tidak dilengkapi alat elektronik pemancar isyarat atau juruterbang memadamkan sistem berkenaan semasa pertempuran di udara.

“Data baharu ini juga konsisten dengan kenyataan tentera Rusia sebelum ini yang menafikan penglibatan dengan tragedi MH17 dan kemungkinan pesawat tempur itu sengaja menembak jatuh pesawat penumpang itu,” katanya.

Beberapa hari selepas tragedi MH17, Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan bukti bahawa sebuah jet tempur Ukraine jenis Sukhoi SU-25 dikesan terbang menghampiri kapal terbang penumpang itu sebelum ditembak jatuh.

Kiev menafikan dakwaan itu dengan alasan tidak mengerahkan mana-mana jet tempur melakukan penerbangan, tetapi pihak tentera secara rutin melancarkan serangan untuk menggempur kedudukan puak pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine. 

Ogos lalu apabila isu yang sama dikeluarkan oleh pihak Rusia, Hisham CKMM terus menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan...

BERA 9 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan tersebar di media sosial yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang.
Beliau berkata, sebaliknya hasil risikan dan bukti dikumpulkan daripada penemuan serpihan pesawat malang itu jelas menunjukkan ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan dari darat ke udara.
"Berdasarkan risikan tentera dan bukti sebahagian serpihan pesawat yang kita temui, tidak mungkin peluru yang digunakan dari udara ke udara tetapi dari darat ke udara.
"Sama ada ia milik Ukraine atau milik pihak pemisah yang dibekalkan oleh pihak Rusia, peluru itu mesti dari BUK System dan hal ini tidak dapat dinafikan oleh pihak Eropah, NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) mahupun Rusia," katanya.
Hishammuddin mengulas laporan media sosial yang mendakwa pesawat penerbangan negara MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas kerana ditembak jatuh oleh pesawat pejuang.
Kementerian Pertahanan Rusia sebelum ini turut mengeluarkan rakaman video yang menunjukkan kehadiran sebuah jet pejuang Ukraine, Sukhoi 25 (Su-25) yang dikesan terbang pada jarak tiga hingga lima kilometer daripada pesawat MH17 sebelum nahas itu.
Bagaimanapun, pakar ketenteraan luar negara berpendapat berdasarkan serpihan pesawat yang terbakar dan dipenuhi lubang-lubang kecil dan besar di bahagian tengah pesawat itu, ia ditembak dengan menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara.
Hishammuddin berkata, beliau sendiri secara peribadi dan berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya sebagai Menteri Pertahanan turut yakin pesawat MH17 ditembak menggunakan peluru berpandu BUK.
Esok Hisham CKMM akan memberikan sidang akhbar ke tidak? kalau ada Hisham CKMM akan bercakap bagi pihak siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Hisham Keris lembik ni jadi alat CIA-Mossad saja...otak ada tapi tak leh pikiaq sendiri, jadi parrot CIA-Mossad saja...sama lah hal dengan MH370...konon 99.9% pasti jumpa kat laut Hindi dekat Australia...CEO Emirates Airways pun kata tak mungkin...Diego Garcia? Ini kah orang yang bakal ganti Najib jadi PM? Nasib la Malaya!!

    BalasPadam
  2. Najib dan h2O dah masok perangkap cia....aku amat yakin ini telah dirancang untuk mematikan langkah malaysia membantu gaza.semua ini dibayar fan dirancang oleh iserail .Merika nak Malaysia jatuh dan mohon bantuan merika. Sekarang ni merika memainkan harga minyak...dgn harapan negara kita kekurangan sumber hasil.Najib amat percayakan australia.....Australia adalah sekutu kuat amarika.Aistralia tidak boleh dipercayaai sangat......pada zaman tun mahatir dulu tak bagi muka kat australia nih.Najib harus dipantau sepenuhnya.najib telah digunakan untuk menghancirkan islam itu sendiri.

    BalasPadam