Ahad, 23 November 2014

Kedah Sudah Mengatur Langkah...Negeri Lain Macam Mana?


Zaid Ibrahim ni pun peguam jugak..! Mengaku Islam tapi pandangan dan saranan mangkuk ni sikit pun tak memperlihatkan pegangan Islam yang syumul berlandaskan Ahli Sunnah Waljamaah dan bermazhabkan Imam Shafie..!

Jenis macam Zaid, SIS dan ramai lagi yang mengaku Islam tapi perlakuan dan pemikiran langsung tidak mencerminkan anutan mereka tersebut..!

Jadi, mungkin Kerajaan negeri Kedah juga boleh memasukkan hanya peguam Islam yang bermazhab Shafie dan berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah sahaja yang boleh menjalankan tugas di Mahkamah Syariah..!

Negeri lain macam mana?

ALOR SETAR - Peguam syarie yang beragama Islam sahaja dibenarkan berkhidmat di Mahkamah Syariah di Kedah, apabila pindaan Seksyen 46, Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman)(Pindaan) 2014, diwartakan kelak.

Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, pindaan ini adalah langkah proaktif kerajaan negeri untuk mengelak insiden seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan berulang di negeri ini, apabila bukan Islam memohon untuk bergelar peguam syarie.

“Pada persidangan Dun yang berakhir Rabu lalu, pindaan dibuat pada Seksyen 46(1)(3)(a) dan (b); (4) dan perenggan baru 46 (3)(c); bagi memperjelas Peguam Syarie hendaklah terdiri daripada orang Islam sahaja, dan pegawai syariah dalam perkhidmatan awam persekutuan dan negeri boleh diterima beramal di Mahkamah Syariah,” katanya.

Menurutnya, pindaan itu ialah dengan memasukkan selepas perkataan ‘mana mana orang’, dengan perkataan ‘Islam’, agar hanya peguam yang beragama Islam layak beramal di negeri ini.

“Kita ambil pengajaran apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan, apabila peguam bukan Islam Victoria Jayaseele Martin mohon untuk beramal sebagai peguam syarie, dengan alasan mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang berkaitan,” katanya.

Mohd Rawi berkata, dengan beranggapan fenomena itu (permohonan oleh peguam bukan Islam yang memiliki kelulusan) berterusan, kerajaan negeri mengambil tindakan awal untuk meminda enakmen 2008 bagi mengelak wujudnya pertelingkahan undang-undang pada masa depan.

“Jika alasan kelayakan dengan memiliki pengetahuan dalam Islam sahaja tidak mencukupi, kerana untuk berhujah dalam Mahkamah Syariah, peguam terbabit perlu merujuk pada hujah dari al-Quran dan hadis, bukan kupas fakta kes semata-mata,” katanya.

Menurutnya, peguam terbabit juga perlu memiliki kepercayaan dan keimanan pada sumber yang dijadikan rujukan iaitu, al-Quran dan hadis selain mengagungkan undang-undang yang dirujuk, di mana ia tiada dalam jiwa bukan Islam.

Cuba baca serangan dan kejayaan musuh Islam diatas tuntutan mereka yang sudah pun berjaya..!

Peguam kita sudah cukup bersedia ke tidak?

Lu Fikir La Sendiri!!!

NO
Tuntutan
Pencapaian
Contoh
1
Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
Telah Berjaya
Solusi 10 Perkara Kini Menjadi Undang-Undang Tertinggi Negara Mengatasi Perlembagaan Malaysia. 

Kes Contoh :
1.       Enakmen Kawalan Ugama Bukan Islam Selangor kini boleh diludah sesuka hati. 

2.       Keputusan Mahkamah Persekutuan Mengenai Perkara Ini Boleh Dipertikaika.

3.       Ahli Politik Islam di kedua-dua pihak membacul dan menyotong diugut pengundi yang jumlahnya kurang 9 % Di Dalam Negara.
2
Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

Telah Berjaya
Solusi 10 Perkara Kini Diangkat Sebagai Undang-Undang Tertinggi Negara.

Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 4 (1) Yang Menyatakan Perlembagaan Sebagai Undang-Undang Tertinggi Sudah Tidak Digunapakai oleh pihak pemerintah negara dan negeri.

Kes Contoh :
Bibel yang melanggar undang-undang telah dikembalikan kepada pelanggar undang-undang.
3
Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Telah Berjaya
Mahkamah di dalam sebuah kes kecelaruan gender telah tidak mengambil kira kedudukan Islam sebagai Agama Negara sebagaimana di dalam Artikel 3(1) Perlembagaan.

Kedudukan Mahkamah Syariah tidak dihormati sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Artikel 121 (1A) Perlembagaan.

Islam Sudah Tidak Ada Tempat Istimewa dalam negara meskipun Perlembagaan menyatakan sebaliknya.
4
Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
Telah Berjaya
Terlalu banyak kes boleh dijadikan contoh. Antaranya ialah kes perebutan anak bagi pasangan yang berpisah kerana salah seorang daripada mereka memeluk Islam.
5
Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Telah Berjaya
Lihat Sahaja pada kes serbuan ke atas Majlis Perkahwinan antara seorang gadis yang asalnya beragama Islam dengan pasangan bukan Islam.

Akhirnya Jabatan Agama Yang Melakukan Serbuan dijadikan pihak yang bersalah dan dipaksa memohon maaf.

Umat Islam memang tiada maruah lagi dalam negara ini.
6
Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

Telah Berjaya
Sama kes dengan kes di atas. Ia telah berjaya. Saudara Islam yang merupakan ayah dalam beberapa kes kini menjadi pelarian undang-undang kerana tiada pihak mahu menghormati peruntukan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan terus diludah oleh pihak-pihak ini.
7
Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

Telah Berjaya
Dalam beberapa kes perebutan jenazah, sebagai langkah rekonsiliasi oleh YB-YB sotong, hak yang sepatutnya menjadi hak milik orang Islam diserahkan kepada mereka yang langsung tidak berhak mempusakainya.
8
Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah sembahan dan berhala orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

Telah Berjaya
Ia berlaku tidak hanya dalam negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Pembangkang, malah Kerajaan Pusat dalam pemerintahan Datuk Seri Ah Jib Gor turut memberikan peruntukan ini.
9
Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Telah Berjaya
Kes DUMC, Kes Lina Joyy dan beberapa kes lagi menunjukkan pihak yang disyaki murtad tidak dikenakan sebarang tahanan untuk siasatan tindakan undang-undang.
10
Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

Sedang Diusahakan dengan rancak

11
Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

Sedang Diusahakan dengan rancak

12
Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

Sedang Diusahakan dengan rancak

13
Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Sedang Diusahakan dengan rancak

14
Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

Sedang Diusahakan dengan rancak

1 ulasan:

  1. Zaid dah tak laku idea tumpul lagi mau bikin kacau..

    Modal kacau Melayu - Cina.. ada ka undang2 kata tak boleh salam orang Cina?

    MMg zaid ni Syaitan yg bodoh

    BalasPadam