Isnin, 5 Oktober 2015

Alih Isu Skandal 1MDB ~ Hamid..!


Bukan main lagi mahu menutup pekung yang sedia membusuk..! Macam macam cara di buat untuk mengalih pandangan dunia atas busuk yang membelenggu 1MDB..!

Dakwaan terdapat rancangan untuk menggulingkan kerajaan hanyalah taktik untuk mengalih perhatian daripada isu berkaitan siasatan terhadap 1MDB, dakwa bekas timbalan pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador.
Beliau mendakwa pihak yang mempunyai kuasa kini sanggup melakukan apa saja bagi memastikan penyiasatan terhadap skandal kewangan itu terhenti serta menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelirukan orang ramai.
"Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan siasatan ini terhenti... mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.
"Siapa yang nak gulingkan kerajaan? Kononnya orang Cina nak rampas kuasa.
"Ish, ish, ish, Jahat sungguh taktik 'lencongan' yang digunakan oleh para "perompak" ini. Dari isu pecah amanah jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman," katanya.
Beliau berkata demikian dalam surat terbukanya kepada kerajaan bertarikh 1 Oktober yang diedarkan kepada media malam tadi.
Abdul Hamid berkata rakyat berhak mengetahui cerita sebenar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sebalik dakwaan melibatkan 1MDB termasuk sama ada ia meminjam daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sebanyak RM4 bilion, tatapi tiada jawapan.
Sebaliknya, katanya lagi, umum diberi tempoh selama enam bulan untuk diselesaikan isu 1MDB, manakala siasatan dipenuhi oleh pelbagai halangan.
Antaranya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap, sementara Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan pasukan khas menyiasat 1MDB dibubarkan.
Untuk membela Jho Low dan sekutunya, sanggup bermain api perkauman..! Dahsyat pemimpin negara sekarang ni..! Jauh sangat dah menyimpang nya..!
Sampai bila boleh cover..? sampai bila boleh lindung..?
Tiba masanya, kebenaran tetap akan mengatasi kebathilan..!
Lu FIkir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Maca¡¡ Mohd najib..masih blom mengerti..kita nk mohd najib ltk jawatan@disingkirkn bkn nk guling kerajaan..imej mohd najib dh terjejas teruk..rosmah pulak...walaupn perananya tidak kelihatan tapi sgt menentukan..entahlah..pRoOtT di muka nek tempoyak

    BalasPadam
  2. Game najib ni bukan susah pun nak baca. Bila tun m mintak bukti, semua senyap menikus. Manusia yg playing god mcm najib, bila jatuh terus tak dpt bangun balik. Kita yg rakyat biasa ni jom solat hajat, mintak pemimpin korup dihapuskan. I believe the time will come.
    Aku doa siapa yg bersekongkol dgn pemimpin korup, sama2 mendapat bala.....amin.

    BalasPadam
  3. Nanak mula pecah dan kemungkinan bau akan tersebar,sedarlah wahai ahli UMNO bukan tak bau kut.Marilah kita berdikari atas kaki sendiri jangan bergantung lagi pada tongkat.TDM telah membawa Malaysia pada satu tahap yang 75% lebeh baik kemajuan dan keselesaan, malangnya diakir-akir ini pemimpin yang mengambil alih membawa Malaysia untuk lingkup.Bodek ada tahapnya,cvukup-cukuplah.

    BalasPadam
  4. Tun M x menipu??kahkahkahkah...abih mana dtg 30 cwngan myokong dia hingga UMNO ni diharamkan tahun 1989 dulu..Tun M x menipu..macai bodo dia ja percaya kahakahakah...p tanya dia macai itupun dia blh jwbla..melayu mudah nyayuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun slalu buat sesi soal jawab ...kau pegi la tanya kalau berani...najibon ada berani nak buat sesi q&a tak??? ..

      Padam
  5. tidur mimpikan najib
    makan teringat najib
    tengah meneran teringat najib
    tengah main golf teringat najib
    tengok dinding ternampak najib
    petanda dah tak lama la tu....kalau tak ketampoi....ketanjung rambutan la tu......

    BalasPadam