Jumaat, 9 Oktober 2015

Berundur Tidak Sekali..!


Pantang Panglima berundur didalam pertempuran..! Jauh sekali melarikan diri dari medan..! Itu sumpah dan taat setia yang tidak berbelah bagi demi watan tercinta..!

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador berkata, beliau tidak akan menarik diri daripada terus mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun kini dilabel sebagai ‘musuh negara’.
Beliau berkata keputusan yang dibuatnya pada Ogos lalu untuk secara terbuka mengecam siasatan kerajaan ke atas firma pelaburan negara yang sedang bergolak itu adalah sesuatu yang menyakitkan yang memerlukan perbincangan dan pemikiran mendalam, tetapi ia satu pengorbanan bernilai.
“Setelah berkhidmat dengan kerajaan yang sama di bawah empat perdana menteri selama lebih dari 36 tahun, sesungguhnya saya percaya, kebanyakan orang akan berfikir adalah tidak bijak bagi seseorang seperti saya untuk ‘lawan tauke’. Lebih-lebih lagi apabila ‘swansong’ (hari-hari terakhir untuk bersara) saya hanya tinggal beberapa bulan lagi.
“Minda pemikiran rasional berkata saya sepatutnya diam dan membiarkan 1,000 hari tempoh perkhidmatan saya berlalu pergi dalam sebuah pejabat yang besar dan selesa di Putrajaya,” katanya dalam satu surat terbuka bertarikh 6 Oktober yang ditunjukkan kepada The Star.
Bekas polis ini berkata, walaupun hilang ramai kawan disebabkan perbuatannya, beliau tidak mahu berdiam diri kerana ia tidak akan memberikan apa-apa keselesaan kepadanya yang pernah melalui detik-detik indah semasa berkhidmat dengan kerajaan.
“Kawan menjadi lawan, telefon kurang berdering, tiada lagi panggilan dari bekas rakan-rakan dan orang bawahan saya…Tak apa, itu tak mengapa bagi saya.
“Terima kasih terhadap pelbagai latihan yang saya lalui selama ini, masa berlalu dan keazaman saya semakin kuat,” katanya.
Abdul Hamid berkata bercakap secara terbuka telah meletakkan beliau berisiko ditumbuk atau ditembak oleh penyokong kerajaan setiap kali dia melangkah keluar untuk makan.
“Setelah menyedari beberapa kemungkinan, saya mengambil langkah berjaga-jaga… sudah tentu saya tidak boleh menyamar dengan rupa ‘ah-pek’ saya,” kata beliau merujuk wajahnya yang mempunyai iras orang Cina.
“Tetapi bersyukur, saya bersyukur dengan jiran-jiran yang cukup mengambil berat tentang keselamatan saya di rumah.”
Abdul Hamid juga membidas bekas rakannya dalam penguatkuasaan undang-undang, dengan mengatakan bahawa dia tertakluk kepada “tindakan ala James Bond’ terhadapnya apabila dia bukanlah musuh sebenar.
“Kami hanya melakukan tindakan ala James Bond pada musuh sebenar, penjenayah atau pengganas … saya bukan anggota IS dan tidak memusnahkan negara dan masyarakat,” katanya.
Katanya, beliau tidak akan gentar dan sentiasa bersedia untuk meletakkan negara kembali di landasan yang betul.
“Insya-Allah saya tidak akan tunduk kepada semua perbuatan ugutan yang menyalahi undang-undang. Pengecut bukan sebahagian daripada didikan saya. Saya akan sentiasa bersedia untuk cuba meletakkan Malaysia yang tercinta kembali ke landasan yang betul dan supaya perompak-perompak dihukum. Keadilan akan ditegakkan, “katanya.
Abdul Hamid telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 18 Ogos selepas mempertahankan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah secara lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
-mstar
Lagi kan bah kapal tak hanyut..! ini kan pulak kemarau panjang..!
Berani kerana benar..!
Lu FIkir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. BNM dah suh bawa balik 7.5b duit 1MDB..kita tgk ada x lg duit tu

    BalasPadam
  2. Bak kata Najib...apabila layar sudah dibuka...sauh sudah dilabuhkan....kita tunggu apa lagi??? Kita weeelllllleeeeeee

    BalasPadam
  3. Tuan blog jangan lupa mark kalendar....Najib kata nak saman Tun Ling Liong Sik dalam masa seminggu...kita tunggu sama ada pahlawan bugis bertelor atau tidak jeng jeng jeng...

    BalasPadam
  4. Datuk.. saya pun pesara polis dan telah bersara pada tahun 2011 cukup umur 55 thn.Telah berkhidmat 36 thn. dan enggan menyambung tarikh persaraan hingga 58 thn. Saya cukup kecewa semasa berkhidmat kerana sikap bodek,anak emas,rasuah berleluasa dlm pasukan.Jalan terbaik adalah bersara dan apa yg Datok lalui dapat saya rasakan.Nasihat supaya jaga diri kerana dlm polis pun ada mafia di lindungi pihak atasan

    BalasPadam
  5. Putra Merdeka taik kucing. Telor kena gemgam dengan Cina DAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tak ada modal ke anon 8.20 ptg ?

      Padam
    2. Yg kena gengam telor tu najib...nak tau sebab apa? Mula2 yg suruh mansuh isa sapa kalo bkan cina dap? Lepas tu disebabkan sayang ny Ah jib gor kat cina...Najib bertukar nama jadi Ah jib gor...kemudian Ah jib gor pun mansuhkan Isa...skrg sapa yang lebih sayang kan dap? Ah jib gor ke putra merdeka?

      Padam
  6. Inilah baru dinamakan pejuang sebenar... HIDUP DATUK HAMID!!

    BalasPadam