Pemimpin cawangan pun dah boleh bidas pemimpin ibu pejabat..!
Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka menjelaskan, program anjurannya yang menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bertujuan untuk melagakan pemimpin, tetapi sebaliknya ia bermatlamat untuk memberi penjelasan kepada akar umbi.
Ketua cawangannya Syed Saifuddin Syed Harman berkata, program minum petang bersama bekas perdana menteri itu juga bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai mendengar penjelasan berhubung hal parti daripada "sumber" lain.
"Program ini bukan bertujuan untuk lagakan sesiapa. Matlamat program ini untuk memberi penerangan jelas daripada sumber lain iaitu sumber yang kita dapat selain daripada pimpinan dan media massa.
"Terserah pada rakyat untuk buat penilaian di antara sumber yang datang dari Tun (Mahathir) dan sumber dari pihak pimpinan Umno. Masyarakat sekarang sudah bijak berfikir, untuk menilai dan menimbang sesuatu yang mana baik dan buruk, yang mana benar dan mana yang tidak.
"Kita tak mampu mengongkong pemikiran rakyat. Kita sudah terdedah dengan dunia pemberitaan seluasnya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mempersoalkan niat cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka yang menganjurkan program minum petang bersama Dr Mahathir Sabtu ini.
Malah, Tengku Adnan turut memberi peringatan kepada cawangan tersebut supaya tidak mengadakan program itu kerana tidak mahu orang ambil kesempatan melaga-lagakan pemimpin.
Sehubungan itu, Syed Saifuddin berharap supaya ahli parlimen Putrajaya itu dapat memahami tujuan sebenar program anjuran cawangannya diadakan.
Malah, beliau turut meminta supaya menteri Wilayah Persekutuan itu supaya bersikap lebih "gentleman" dan terbuka untuk menerima kritikan.
"Kita harap Datuk Seri Tengku Adnan faham apa yang kita lakukan. Ini demi untuk kukuhkan kepercayaan rakyat pada Umno kerana disebabkan persepsi Umno di kalangan rakyat dan kebanyakan ahli Umno dah luntur dan persepsi ini kena ubah kalau tak nak malapetaka besar datang.
"Ku Nan, jadilah lelaki yang gentleman. Saya harap jadilah pemimpin yang boleh terima kritikan," ujarnya lagi.
Ada lagi ke pemimpin yang gentleman...! gentel man banyak la..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!
ita tak mampu mengongkong pemikiran rakyat. Kita sudah terdedah dengan dunia pemberitaan seluasnya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.- Nmpk sgt si syed ni bodoh atau giler glamor. Hari2 tun m dan lain2 sumber dh terangkan, apa perlu nk jemput tun m? Kalo dia matang, dia tak perlu buat benda2 bodoh mcm tu. Ke dia nk untung hasil jual table tp nk berlagak hero?
BalasPadamApa yg kau merepek nii setann...suka hati dialh nk jemput tum m..bkn dia kacau teloo mohd najib pn..ke mmg tkde teloo..? Muntah hijau dgr mohd najib ckp psl IS..
PadamAhaiii
PadamTakutnya puak2 penjilat Najib dgn Tun M.
Lepas ni aku harap ada lagi cawangan2 yg jemput beliau.
Makin sesak nafas Zahid, balik je dari Indon mcm2 masalah yg menunggu .
Macamana nak jawab dgn Bosa Punya Penipu.
Ada ler sikit kitorang mahu bongkar
PadamCiter Pak Adzzam tua agak kelakar
Si tua tu ada masalah lembik zakar
Terlentuk jer serupa terung dibakar
Wah...seronok betul mohd najib dgn rosmah...dpt pergi itali lagi...tapi..menurut penganalisis politik, BAPAK RAHMAD BASTIAN hayat politik mohd najib dh tk lama...wang dn wanita..
BalasPadamMoleklah kalau ramai lagi lepas dari kongkongan minda.
BalasPadamUmno caw. mana masyuk lain ler Ketua Bahagian,kan najib dah cakap.Si Syed ni dah fikir abis dari terpalit masaalah Najib lebih baik belah dari umno.Sah si syed ni dipecat.Syabas Syed...tinggalkan kejebatan umno biar dia terlungkup.harap banyak caw. Lagi berani bersuara
BalasPadam