Jumaat, 2 Oktober 2015

Mampu Ke Najib Mempertahankan Barisan Nasional..!


Di atas tu ialah kenyataan akhbar WSJ semalam, kalau Najib nak saman mungkin selasa 3 tahun lagi la..! 

Dengan isu kaum yang semakin panas kini,  apakah Najib masih mendapat sokongan rakyat? terutama sokongan dari kaum tionghua..! Takde PM yang mempunyai gelaran seperti Ahjibgor tapi jelas gelaran tu makin menyebabkan Najib ditolak dan tertolak..!

Orang Melayu sendiri berpecah..! Yang menentang memang sedia ada..! malah majoriti yang menyokong pun secara senyap kecewa dan marah dengan tindakan Najib yang dilihat gagal menjaga kepentingan Melayu..!

Itu sebelum isu isu bombastik 1MDB, SRC, derma dan banyak lagi terdedah..! Sekarang dengan pelbagai isu yang menyelubungi apakah Najib mampu mengemudi dan menerajui parti dalam menghadapi suara rakyat nanti?

Ditambah pulak dengan kenyataan terbaru Tajudin Rahman yang mahu menempeleng cina disini. Tentunya ia menambah garam dalam luka yang BN alami kini..!

Apakah Najib benar benar mendapat maklum balas akan keadaan politik semasa? atau apakah Najib menafikan sahaja situasi yang membelit kini?

Apakah Najib hanya menikmati keseronokan dengan usaha penjilat@pengampu yang hanya tahu mempertahankan Najib tapi bukannya mempertahankan parti dan kuasa yang BN miliki selama ini..!

Kalau macam tu betul le ungkapan Najib 'sauh dilabuh, layar dikembang'...maknanya tunggu karam jer la..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Najib sudah di penghujung karear politik,ibarat kapal yg telah bocor x mampu ditampung lagi hanya tunggu masa tenggelamnya.Sama2 lah kita berdoa semoga yg zalim dihancurkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku cadangkan kita ramai2 buat solat hajat semoga Allah swt
      menolong kita semua dari dihimpit oleh penipuan orang yg zalim
      dan moga kita diberi pemimpin yang baik. Jangan mintak hukum
      lanun-lanun boogeese tu macam apa yg PAS buat kat UMNO. Tengok
      apa jadi kat PAS bila dia buat lagu tu....bukan UMNO yg KO,
      depa yang hampir nak kojol.....Tang jatuhkan hukuman tu kita
      leave it to Allah SWT......

      Padam
  2. Umno dan Bn mampu bertahan kalo tak di kacau TunM, proTun dan blogger proTun spt admin ni. Kita dok leka menjatuhkan sesama sendiri,, pembangkang serious susun strategi. Najib turun, umno dan bn tmbh lemah krn terbahagi dua. Apa lg yg tinggal? Gerakan, mca, dap, mic tepuk tgn. Melayu mmg ingat2 lupa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. So cadangan kau ialah supaya semua isu2 yang melanda disapu bawah karpet ..macam tu baru bn akan selamatlah???
      Mantap cadangan....ajib gor, post apa lagi ada?? Anon 413 dah bagi sokongan & idea

      Padam
    2. anon 413 ptg...tuan bercakap mcm presiden fam...bg lah peluang kepda jurulatih utk susun stategi....ketepikn kritikan pengkritik bekas pemain bola.sepak yg lbih fhm tektikal bola...sudah nye kene 10-0.....

      Padam
    3. so semua skandal dan salah laku najib di diamkan je la..tun m tak kan tau...nanti anon dpt la duit top up

      Padam
    4. banyak sampah zaman madey sapu bawah karpet. tu sebab bertahan 22thn. sembang mau lebey. madey adalah salah satu penyebab bn lingkup....

      Padam
    5. Ahaii Mak Enon 9:05 PM.
      Berhujahlah dgn fakta.
      Zaman Tun M, PRU BN menang besar, bergaya dan selesa utk 2/3 kerusi parlimen.
      Najib dah membuktikan sejak jadi TPM , keputusan PRU utk BN sgt membimbangkan sehingga hilang kuasa memerintah di beberapa negeri.
      Majoriti undi pun makin merosot, undi kaum Cina jadi hancur lebur.
      Berbilion BR1M diberi tapi sokongan masih terus menjunam.
      Adakah Tun M sgt bodoh utk menjatuhkan BN atau sgt gila utk memusnahkan apa yg beliau usahakan selama lebih dua dekad.
      Guna otaklah, bukan kepala lutut.

      Padam
  3. Saya orang kampong. Apa yang berlaku kepada umat Islam Pulau Pinang sekarang sangat menyakit. Saya berharap PAS akan tetap dengan keputusannya untuk untuk tidak menyertai Pakatan dalam pilihanraya ke 14. Mereka boleh menjadi pembangkang yang sangat dihormati disamping menyelamatkan maruah Islam di Malaysia. Tanpa PAS pakatan tidak akan kemana. Tindak tanduk D*P yang terlalu perkauman akan menyebabkan orang Melayu dan Islam semakin benci kepada mereka. Jadi jangan harap nak mengalahkan UMNO dan BN. Hanya BN yang boleh mengekalkan keamanan yang telah kita nikmati sejak Merdeka. Insyaallah Allah akan membantu kita.

    BalasPadam