Jumaat, 2 Oktober 2015

SPRM Kecam Macai..!


Kebenaran tetap akan timbul akhirnya..! jaga jaga penjenayah serta macai macainya..! Masa kamu akan tiba..! Hanya menunggu giliran..!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan pihak yang bersubahat menggagalkan siasatan atau pendakwaan kes rasuah tidak akan beroleh ketenteraman hidup.
“Kepada yang menjadi macai atau mereka yang bersubahat, cuba menggalakkan siasatan atau perbicaraan kes rasuah, ingat apa juga upah atau imbuhan diperoleh, tidak akan menjamin ketengan dan ketenteraman dalam kehidupan.
“Perbuatan keji yang dilakukan akan mengganggu kehidupan kita sehingga akhir hayat,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Ucapan beliau dibacakan oleh timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) suruhanjaya itu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Abu Kassim juga mengingatkan kesan negatif yang akan berlaku jika perkara itu terbongkar di kemudian hari.
“Jika perbuatan tersebut terbongkar, kamu akan dihina dan dikeji oleh masyarakat. Pada masa tersebutlah baru kita sedar, apa yang kita dapat langsung tidak ada nilai berbanding dengan maruah diri yang hilang,” katanya.
Abu Kassim berkata dalam ucapannya dalam acara menanamkan semula mahkamah olok-olok SPRM bagi menghormati kematian mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Anthony Morais.
Enam lelaki didakwa di mahkamah pada 28 September lepas atas pertuduhan membunuh Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu.
Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur manakala seorang lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
'Anda tak boleh lari'
Sementara itu, Abu Kassim juga menegaskan bahawa pihak-pihak tertentu hanya boleh melengah-lengahkan kes tetapi tidak akan menghentikan kes daripada didengar di mahkamah.
Abu Kassim (gambar) membangkitkan berhubung pemergian Morais yang disifatkannya sebagai seorang timbalan pendakwa raya yang komited dan berintegriti.
“Tugas dan tanggungjawab mendiang akan diambil alih oleh timbalan pendakwa raya lain.
“Kepada pihak-pihak ang mahu menghalang siasatan dan kes hang dibicarakan, dunia hari ini sudah berbeza. Anda tidak boleh lari daripada sistem keadilan,” katanya.
Beliau juga berkata pihak yang mahu mengelak daripada siasatan dan pendakwaan kes rasuah tidak akan dapat melakukan perkara itu buat selama-lamanya.
“Mereka boleh mengelak daripada dikesan untuk tempoh tertentu - satu bulan, dua bulan, satu tahun, dua tahun tetapi tidak selama-lamanya,” katanya lagi.
Dalam kes itu, tegas Abu Kassim, tiada mana-mana pihak terkecuali, termasuk rakyat biasa, ahli perniagaan, tokoh korporat dan pemimpin politik.
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Maaf, saya tak percaya langsung MACC sebab NO ACTION TALK ONLY (NATO) DALAM BAIK DALAM KES 1MDB MAHUPUN MANA2 KES PROFIL TINGGI.

    Kalau ikan bilis, saya percaya 1000 peratus.

    BalasPadam
  2. jangan terlalu mencengkam kerana jika yang dicengkam tidak bersalah parut tersebut akan menjadi bukti kukuh untuk memotong kuku kamu.

    BalasPadam