Jumaat, 2 Oktober 2015

Fitnah Terhadap MB Pahang Terus Hidup..!


Apa yang tak dihadap oleh Long Nan selaku Menteri Besar Pahang..! dari isu nadir bumi lynas sebelum PRU13 yang lalu hingga la isu pencerobohan tanah di Cameron Highland, lombong bauksit, hutan, sungai dan banyak lagi semuanya dihadapi secara tenang oleh Long.

Bukan main bersilat lagi pembangkang memainkan isu Lynas..! Tak cukup pembangkang, pemimpin UMNO di Pahang dan KL pun turut serta memerah limau bagi mewangikan bara isu tersebut. 

Malah orang politik rata rata tahu terutama rakyat Pahang boleh menghidu siapa sebenarnya yang menjadi dalang dalam isu tersebut..! 

Utusan bukan main berselera menggasak Long dalam isu tanah di CH...sehingga sanggup disaman..! Juga rakyat tahu ketika itu siapa orang kuat UMNO dan Kerajaan yang memonitornya..!

Rakyat sebagai pemerhati politik tegar ingatkan dendam kesumat dan fitnah terhadap Adnan sudah mati..! sudah berakhir..! rupanya semangat untuk menjatuhkan Nan tetap subur dan hidup dikalangan pemimpin UMNO sendiri..!

Kenapa semangat tersebut masih hidup? tak lain tak bukan kerana Long Nan bukannya pemimpin yang boleh dibeli dengan wang ringgit..! Adnan bukan pemimpin murahan yang mabuk dengan duit dan bukannya pemimpin boneka yang boleh di arah sesuka hati..! Beliau ada prinsip..!

Itu yang memedihkan sesetengah pemimpin..! Terbaru dalam satu mesyuarat tertinggi  diberitakan seorang pengampu telah di bentak oleh Nan kerana cuba menjilat nakhoda dengan membawa fitnah..! Cara Long yang tegas ni yang menyebabkan kutu penjilat terkujat terkulat kulat..!

Itu sebab para penjilat tidak akan berselera dan bergumbira selagi Nan masih MB..! Bagi pemimpin Pahang yang rakus dan haloba...selagi Nan MB selagi itu kerja jahat ini perlu diistiqamahkan..!

Terbaru isu melaga lagakan Long Nan dengan Najib..! Fitnah murahan sebegini begitu cepat boleh ditangkap dari mana datang corong asapnya..! Rentikan lah..!!!

Setpol Menteri Besar Pahang..Dato Shamsuddin Hj Nawawi dilaporkan berkata...

Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Datuk Shamsuddin Haji Nawawi menafikan dakwaan kononnya Datuk Seri Adnan Yaakob tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Shamsuddin ketika dihubungi SuaraTV berkata dan isu tersebut sengaja dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memburuk imej Adnan sambil menyifatkan ia sebagai tuduhan liar yang tidak mempunyai asas.

“Kalau lihat dari segi format dan teknikal nampak jelas ia merupakan isu yang sengaja direka cipta untuk mencalarkan imej MB Pahang, contohnya kalau kita berbual melalui aplikasi Whatsapp kenyataan mereka yang mengirim pesanan sepatutnya berada di sebelah kanan manakala kenyataan mereka yang menerima pesanan akan berada disebalah kiri.

“Malah terdapat beberapa ayat yang sengaja dipadamkan, sedangkan kalau benar ia merupakan satu pendedahan individu yang mneyebarkannya seharusnya memaparkan keseluruhan perbualan tersebut. Mungkin dia takut orang lain boleh melihat nama dia atau sebagainya, itu saya tidak tahu” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Shamsuddin lagi blog tersebut sengaja diwujudkan bagi merosakkan imej dan memfitnah majikannya.

“Setelah meneliti blog terbabit saya dapati artikel tersebut merupakan satu-satunya artikel yang dimuatnaik, seolah-olah ia baru diwujudkan (dan) kemungkinan tiada lagi posting lain selepas ini kerana ia diwujudkan untuk merosakkan imej dan memfitnah MB Pahang semata-mata.

“Saya yakin ia merupakan paparan imej yang palsu dari pihak yang tidak bertangubgjawab (kerana) bagaimana Datuk KCK (Ketua Cawangan Khas) boleh berada dalam group Whatsapp MT sedangkan beliau bukan ahli politik atau memegang sebarang jawatan dalam Umno” soalnya pula.

SuaraTV lewat malam tadi melaporkan dakwaan yang dikeluarkan oleh laman blog ‘Najib Lame Duck’, berhubung penyebaran Whatsapp yang mengaitkan Adnan Adnan dengan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Pahang, Datuk Ridzuan Hashim.

Melalui perbualan itu Adnan dikatakan memanggil Najib sebagai penipu dan bakal kehilangan jawatan sebagai Perdana Menteri Ogos ini. – SuaraTV

Buat kerja menguatkan parti la...! bukan meruntuhkan..! berani berdepan dan bukannya bertindak seperti pondan..!

Pemimpin tak bodoh..! Rakyat Pahang juga tak bodoh..! Mereka yang bodoh sahaja yang akan berusaha mengekalkan kebodohan yang mereka miliki..!

Sebab? sebab bodoh jer yang tinggal..! Lain mana ada??? Dah mati..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. 3 perenggan terakhir tu mcm ckp kat puak2 sendiri je.

    BalasPadam