Khamis, 1 Oktober 2015

Ibu Pejabat Nak Kepastian Niat Cawangan Jemput Tun M..!


Semalam dilaporkan bahawa UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka merupakan cawangan pertama yang berani menjemput Tun M untuk memberikan ucapan didalam program cawangan tersebut..! Cerita tu boleh baca di sini.

Nampaknya ibu pejabat dalam reaksinya hari ini dilaporkan..

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka di ibu negara supaya tidak mengadakan program untuk melaga-lagakan pemimpin parti.
Tengku Adnan berkata beliau tidak mahu terdapat pihak mengambil kesempatan melalui penganjuran program-program tertentu.
"Saya tak tahu. Saya tak tahu kenapa dia nak panggil Tun Mahathir. Apa niat cawangan di Pandan ini.
“Kita akan tanyalah apa niat. Kalau niat baik, tak menjejaskan perjalanan parti, ikut etika, boleh buat. Tapi kalau langgar etika kita akan ambil tindakan yang perlu diambil tindakan.
"Kerana kita tak mahu orang ambil kesempatan melaga-lagakan pemimpin," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.
Umno cawangan itu menjadi cawangan pertama menganjurkan program bersama Mahathir, pengkritik nombor satu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membincangkan tentang isu-isu semasa.

Kalau panggil Tun M tentu takde banner macam kat atas tu..! tentu penjilat@pengampu yang nak bergambar macam tu tak akan hadir..! Itu yang nak kena tanya niat tu..!

Niat demi Agama, Bangsa dan Negara ke demi Najib?

Kalau jemput Tun M mesti tak dapat niat demi Najib..!!! Tak Gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Panggil Tun Dr. Mahathir untuk program parti pun salah ke?

    Tengku Adnan ni patut jawab mengenai RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta yang dia kata derma untuk UMNO, pasal apa wang itu tidak dicatatkan di dalam penyata kewangan parti bagi tahun 2013?

    Patutnya laporan polis juga dibuat terhadap Tengku Adnan dan Bendahari UMNO Ahmad Husni kerana memberikan maklumat palsu kepada jabatan kerajaan iaitu Pendaftar Pertubuhan. Ini kerana Penyata Kewangan Tahunan mana-mana pertubuhan yang didaftarkan melalui Jabatan Pendaftar Pertubuhan perlu mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan masing-masing tanpa ada sebarang penipuan.

    Jenis menteri unta dalam kabinet kayu buruk Najib memang bebal, dengan perdana menteri pun bodo piang, makin lingkup negara ini diuruskan oleh manusia pengkhianat yang tak sedar diri dan jenis tak guna.

    BalasPadam
  2. Kalaulah saya orang malaya, melayu muslim umno dan sayangkan negara, saya akan ajak ramai2 keluar umno. Sebab umno dah tak ada jiwa yang jelas. Yang ada tengku nan bagus, zahid hero, najib pendekar, rahman dalan towkay merapu, salleh burung tiong etc etc.

    Sayang, orang malaya sindrom bisu. Najib sindrom silence is golden. Nasib kamek orang sik ada parti umno.......sik bodoh gilak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu keluar UMNO, hanya perlu terajang dan tendang Najib dan kuncu-kuncunya dari UMNO sahaja.

      UMNO dan Barisan Nasional tak ada buat salah, yang jadi penyamun adalah Najib dan kuncu-kuncunya, tetapi UMNO dan Barisan Nasional dipergunakan dan dipelingkupkan oleh Najib kerana nak sorokkan skandal jenayahnya itu.

      Selamatkan UMNO, Selamatkan Barisan Nasional, Halau Najib dan Kuncu-Kuncu dari UMNO!

      Padam
    2. Tapi naper tak terajang dan tendang kluar?

      Bro, jangan jadi NATO - NO ACTION TALK ONLY

      Bangkitlah orang malaya dalam umno, kami di malaysia timur menunggu saat dan ketika najib dan macai2nya ditendang kluar.......hihihi

      Padam
  3. masing2 nak jaga tembolok masing2 jer

    BalasPadam
  4. Tanpa korang sedari, perbuatan tun dan penyokongnya juga blogger pro tun menambah lemahkan umno. Admin ni cuma ada satu gmbr kat atas tu je ker? Xpe, aku fhm....lu pun cari mkn mcm rba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai...masih tak bernama & tak berbin lagi ke... macam orang tak punya asal usul & tak berbapa yg sah aje?

      Padam
    2. Bukan nk pegi mengundi atau akad nikah. Nama setakat di alam maya je belum tentu berbapa yg sah pun.

      Padam
    3. Pergilah Ibu pejabat UMNO atau pejabat Pendaftaran buat pemeriksaan ada tak nama OTHAMAN BIN AHMAD, mantan Ketua Pemuda Cawangan, AJK Pemuda Bahagian & Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian. Boleh juga check dgn Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan2 Malaysia ada tak nama Othaman Ahmad sebagai Ahli Panel Mahkamah Perusahaan mewakili Majikan di seluruh Malaysia. Nah...sekarang anda masih ada buah pelirkah untuk mengenalkan diri anda..????

      Padam
    4. Ooo...MANTAN ketua pemuda cawangan umno rupenye. Cepatnya melenting...boleh ke jadi ketua ni?? Baru geli2 buah pelir pun dh melatah..belum jentik lg tu. Kihkihkih.

      Tun M betul bila dia ckp yg bodoh2 je duduk dlm umno...anda salah seorang!

      Padam
    5. Memang sah Kejora anak bangsat lagii pengecut untuk mengenalkan diri...sama persis bos dia yg dah termasyhur seluruh dunia takut berhadapan dgn Tun M. Spesi seperti ini memang suka menyorok dan sembunyikan diri. Macam orang itu.... tahu2 RM2.6 billion dalam simpanan akaun peribadi. Bini pulak ada RM2 juta. Semua main sembunyi2 tapi last2 kena cekup juga.

      Berani kerana benar.

      Padam
    6. Hahaha....mcm ni ke attitude MANTAN ketua cawangan? Ahli panel mahkamah perusahaan? Malang sungguh sesuatu organisasi mengambil ko sbg sebahagian dr pengurusan. Xde standard langsung. Sudah lah tak beradab, taksub tak bertempat...tak berakal pula.

      Tun M tetap betul (dlm mendakwa org2 UMNO bodoh)

      Padam
  5. jib....buatkanlah jambatan bengkok dia tu..... sakit kepala dibuatnya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah
      Tak de modal lain ke bro

      Padam
    2. guna la duit 2.6 bil tu...opsss..duit tu da kena freeze di singapore

      Padam
    3. Adik2 saya di Spore pun bilang pihak pemerintah Spore terpaksa bekukan akaun itu untuk memelihara integriti & keyakinan masyarakat antarabangsa memandangkan Spore adalah financial hub di rantau ini. Memang masak & gigit jarilah Najib & Rosmah.....!!!!!!

      Padam