Selasa, 1 November 2016

HOT ~ Wajah Sebenar Najib..?


Rakyat Malaysia perlu belajar dari sejarah..!

Bagaimana Pak Lah selamatkan demokrasi pada 2008


Bekas wartawan Kalimullah Hassan menceritakan Abdullah Ahmad Badawi pastikan peralihan kuasa di 5 negeri berlaku secara aman.


Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan lancar apabila parti pembangkang menang 5 negeri dalam pilihan raya umum 2008, menurut sumber dalaman di ibu pejabat Umno ketika kejadian.
Ahli perniagaan dan bekas wartawan Datuk Seri Kalimullah Hassan, yang juga sekutu Abdullah, menceritakan yang Abdullah mengarahkan polis supaya mengawal pejabat setiausaha kerajaan negeri dan pastikan pemimpin parti politik kedua pihak menghalang penyokong masing-masing daripada turun ke jalanan.
Ketegasan Abdullah di sebalik tabir “menyebabkan beliau tidak disukai pemimpin Umno yang merasakan beliau sudah mengecewakan mereka,” kata Kalimullah, yang menambah “Umno, sepertimana kita saksikan, tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah ditewaskan dalam pilihan raya.”
Dalam bukunya The Malaysia That Could Be, petikan daripadanya disiarkan Singapore Straits Times hari ini, Kalimullah berkongsi kejadian dan perbualan yang mengambil tempat di ibu pejabat Umno dan Barisan Nasional pada malam 8 Mac 2008 ketika keputusan pilihan raya dilaporkan.
Katanya ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Azalina Othman tampak tidak keruan dan keluar ke koridor sambil menangis lalu berkata: “Ini semua salah orang Cina”.
Katanya lagi bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib cuba memujuk dan membawanya masuk ke dalam, lalu meminta Abdullah dimaklumkan. “PM perlu tahu…ini semua cakap-cakap bahaya” dan Muhammad kemudian beritahu Abdullah: “Saya fikir kamu perlu tenangkan orang-orang kita.”
Menurut Kalimullah, Abdullah meminta mereka supaya bertenang. “Ini semua sebahagian daripada proses demokrasi. Adakala kita menang, adakala kita kalah.”
PM kemudian menghubungi Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan memberitahu yang beliau mahukan “peralihan kuasa yang lancar” tetapi bimbang emosi yang sedang meruap.
Musa diminta mengawal semua pejabat setiausaha negeri dan pastikan tiada fail atau dokumen dibawa keluar. Polis diarah menjaga keselamatan dan menyelia peralihan kuasa. Musa juga diminta memaklumkan parti politik supaya jangan turun ke jalanan.
“Saya tak ingat ayatnya tetapi Abdullah beritahu Musa supaya beri amaran kepada pemimpin parti pembangkang dan partinya sendiri yang beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang usaha untuk mencetuskan kekacauan dan mereka yang berbuat demikian akan berdepan tindakan undang-undang,” kata Kalimullah.
Katanya Abdullah turut menolak cadangan pemimpin BN negeri untuk “membeli” Adun atau “cetuskan masalah” di negeri-negeri marjinal seperti Kedah, Perak dan Selangor.
“Tetapi Abdullah bertegas dan apabila nasihat tak termakan, beliau beri amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana ahli parti, kawan dan musuh yang cuba menjatuhkan proses demokrasi,” kata Kalimullah, yang merupakan timbalan pengerusi New Straits Times Press ketika itu.
“Bagaimanapun, kemudian, pada 2009, di hari terakhir Abdullah sebagai perdana menteri, penggantinya, Datuk Seri Najib Razak, mengatur pembelotan 3 Adun Perak, yang menyebabkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.
“Pada masa itu, Abdullah seorang yang pincang dan hanya mampu tengok dari garisan tepi,” kata Kalimullah.
Apakah negara bakal diperintah oleh kuku besi???
Lu Fikir La Sendiri!!!

46 ulasan:

  1. sebelum korang do makihamun taktentu pasal lebih baik baca ini dulu




    https://miazarraannur.blogspot.my/2012/10/11-bulan-yang-celaka-pemberian-tanah.html
    baca

    11 BULAN YANG CELAKA !!! PEMBERIAN TANAH 999 TAHUN SAHKAN NIZAR KUDA KAYU DAP PERAK...!!!


    INI ADALAH ISU PALING HEBAT, HANGAT DAN MELEKAT..... DI HATI SELURUH RAKYAT PERAK KETIKA NIZAR LAMBAI DIJULANG MENJADI MENTERI BESAR PERAK DENGAN PERTOLONGAN DAP...... PEMBERIAN HAK MILIK TANAH SELAMA 999 TAHUN KEPADA KAMPUNG BARU SELURUH NEGERI PERAK.

    WALAUPUN ISU ini dianggap sudah basi.... kerana Nizar sudah tidak menjawat jawatan MB lagi, tetapi kesannya masih sangat dirasai hingga kini.... dan ramai yang sedar sebenarnya bahawa NIZAR TELAH MENYALAHGUNAKAN KUASA...!!!

    Dibawah ini merupakan ulasan terbaik yang perlu dikongsikan bersama pembaca mengenai pemberian tanah kepada penyokong DAP dengan status 999 tahun, sebagai mengenang kembali betapa kejamnya Nizar terhadap orang Melayu dalam isu pemberian hak milik tanah.....dan saudara sebangsanya sendiri.!!!
    ............

    baca lagi di web site di atas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kena mengena dgn tajuk atau isi kandungan pos ke, Mamat?

      Kau ni mesti Jing Jibo yang selalu masuk tapi ha nya menyanyah di sini, komen tak tentu hala, otak letak kaki, kepala isi takda. Siapa yang tak tahu Jing Jibo, ini dia CV nya -

      Anjing Jibo

      Anjing Jibo di blog ini sekor saja. Tapi coba membayangkan dia ramai, konon. Selalu masuk tak pakai nama, ada masa menyamar pakai nama yang orang lain dah pakai di sini, ada masa pakai nama seperti Keris Berayon dll. Semua Protun di sini tahu bahawa yang di hayon nya ha nya bola dia. Dan bola Jibo, bos dia.

      Bola yang kecut sebab Jing Jibo ni dah tua. Masuk sini pagi petang siang malam, walau pun pukul 2-3-4 pagi. Menipu, membohong, memfitnah. Dah tua baka tapi otak budak kecik. Itu pasal apa yg dia cakap selalu nya mcm bebudak.

      Anjing Jibo ini gunakan berbagai mode, cara, gaya bahasa, nada bercakap. Kekadang guna mode bertitik ... kekadang mode bebudak kikiki, hahaha, hehehe, puiiii, terakhir ini Warghh kaahh kaahhh kaaahhhh pulak. Terakhir lagi, banyak pantun memantun macam kartun. Di salin C&P nya pulak, selalu ulang rangkap yang sama. Lagi terakhir: dia salin komen2 Nek Tempoyak atau tulis atas nama itu.

      Tapi pada umum nya - terutama nya bila dia dah tak tahu nak response atau meradang – Jing Jibo itu mengarut, mengata Go Fly Kite, maki hamun dan mencarut. Dia di kasi makan dedak, takda melukut yang ada habuk beras sikit pun, takda zat, tak membina otak nya. Pengtahuan nya cetek, selalu nya bodoh, bangang, bongok, bingong, bingal, baghal.

      Anjing Jibo ini ia lah contoh penyokong yang Jibo kata di kempen PRU13 ada lah “bangang, hamjadah”, sebab tak membantu dia sikit pun dengan mengeluarkan fakta dan hujah yang munasabah untuk menaikkan imej dia yang merudum.

      Kita teruskan balas, bidas, sebat, belasah, hentam, tibai, kritik, kutuk, ketuk, sekel, pelangkong, kentot dan tahikan dia. Itu saja cara nak deal dengan dia.

      Pada masa masa nya, jangan pedulikan dia, pulaukan dia.

      Padam
    2. Kalau Admin tak suka dia boleh buang

      Padam
    3. Untuk makluman : Nizar Jamaluddin sekarang anggota parti AMANAH

      Padam
    4. Status tanah yg dibri 999 tahun adalah tanah sedia ada yg telah diduduki orang cina..

      Padam
  2. 8:11
    Ade aku kesah ?

    BalasPadam
  3. anon 8:11 asyik2 DAP..yg najib jual IPP 1mdb, bandar Iskandar, projek keretapi laju kat cina kominis bole pulak yer...pas ni harta negara mana lak nak gadaikan umno ngan najib ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami tak nak bagi kroni protun yg menipu nanti dia subkan tendar ADA
      Kalau bagi dekat Korean pun korang cakap penjajah,
      Kalau bagi dekat germen pun macai protun cakap bagi dekat nazi
      Kalau bagi dekat jepun macai protun cakap bagi dekat orang pancung kepala.

      Apa jadi punya macai protun

      Padam
    2. Bg kt george kent ja..
      Cacai najis mesti diam tanda setuju

      Padam
  4. Soal nya ia lah bagaimana demokrasi di negara ini sekarang ini.

    Jawab nya, teruk, dah jadi pemerintahan kuku besi, kata Tun Dr Mahathir. Orang yang buat laporan Polis pasal 1MDB di tangkap dan di dakwa di mahkamah, yang seleweng 1MDB dan songlap berbilion Ringgit masuk akaun dia, akaun anak tiri dan kroni2 dia tak di ambil tindakan, sekarang bermaharaja lela - CNN bahru saja lapurkan ramai mengutuk Najib bawak anak tiri dia ke lawatan resmi ke Beijing, mesti di bawa atas desakan Maha Dewi FLOM.

    Mana tak pemerintahan kuku besi bila Peguam Negara Gani Pattail di pecat serta merta tanpa notis dan sebab munasabah, pegawai2 tinggi SPRM dan PDRM yang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib di tukar tempat kerja serta merta tanpa notis juga.

    Hingga ke peringkat Najib adakan Akta Keselamatan Negara yang merampas sebahagian kuasa YDP Agong mengistiharkan dharurat - Najib dapat kuasa mengistiharkan dharurat di sesuatu kawasan, tangkap orang tanpa waran dsb nya.

    Najib dan gomen nya sekat kebebasan bersuara dengan berbagai cara, dan lain2 lagi tingkah laku yang nyata menunjukkan bahawa demokrasi di negara ini sudah terjejas.

    Gantikan Najib dan lingkupkan UMNO/BN di PRU14.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang tau dak budak Aziz tu boleh cakap cina sikit2

      Padam
    2. Anak tiri dia mana boleh duduk di AS lagi..dia pegi china nak jumpa jho lo gaknye..nak atur strategi nak buktikan harta dan akaun bank yg disita bukan duit rompakan 1mdb.

      Padam
  5. POSTING KALIMULLAH KAKI TONGANG ARAK
    BARUA BERTUANKAN SINGAPORK YAHUDI
    PAK LAH TIDOO SAJA SI BARUA TUNJUK LAGAK
    SAMPAI PEMBANGKANG TAWAN 5 NEGERI

    BLOGGER BATU API BETUL2 BARUA YAHUDI
    KALIMULLAH ...ALJUBOORI KINI MEDEY KUTTY
    SUMA BARUA DI ATAS YAHUDI SUDAH BELI
    DINOSOUR TUA BANGKA TAK SEDOR DIRI

    MEDEY BOBOI LEBAM DIPIPI
    SONDOL MENYONDOL MACAM BABI
    KETIGA TIGA MANGKUK NI DAH X LAKU LAGI
    NAK TUNJUK GAH JADI HAMBA SOROS YAHUDI


    kikikkki.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kikikikihhh...ketawa zaid komedi..mangkok hayun nii xhabiss2 slhkn yahudi bagaii..duit masuk dlm akaun mohd najib pun salah yahudii..prOoTt💩

      Padam
    2. "Anjing Jibo ini gunakan berbagai mode ... kekadang mode bebudak kikiki ..

      ".. Terakhir lagi, banyak pantun memantun macam kartun. "

      Padam
    3. Biasalah tuduhan ko yg bukan jantan..ko tak tonggeng arak?kalo dia sokong najib dia menyelam dlm tong arak pun ko tetap bisu kan..betol tak balaci?

      Padam
    4. Blogger batu api barua yahudi tapi yg upah penasihat yahudi najib..yg pinjam duit bank yahudi najib..gila babi dah balaci ni..,ayat yahudi dah tak laku lagi ..kalo bukan jantan baik ko pegi terjun laut laa..madey jantan nak tangkap perompak..

      Padam
  6. Ingat anjing najib 8.11 & 8.56,

    Najib tumbang, dengan pencacai2nya kami sumbat ke dalam penjara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah ko jadikan seluruh negara sebagai penjara kecuali istana ko. Stalin dan Pol Pot buat seperti itu lah.

      Padam
    2. 7.04 Kebangkitan rakyat menentang maksiat dan kezaliman tidak boleh ditahan lagi.

      Padam
  7. Punya tak hormatkan sesiapa si celaka yang bawak malang kpd rakyat dgn membikin 1MDB terhutang RM53 bilion, IPIC pulak tuntut RM28 bilion, akibat nya, bila negara kekurangan duit di kenakan nya semua rakyat cukai GST, harga barangan melambung tinggi, bila nak bayar hutang 1MDB, mungkin di kenakan nya rakyat cukai lagi, kot GST No.2.

    Dengan sengaja saja dia dan si pendek gemok gedempol bawak anak nya yang dah memalukan negara di US sebab melaku "misappropriation of 1MDB funds and money laundering", harta nak di rampas dek US Dept of Justice, di hebohkan seluruh dunia.

    Aku tak kisah sangat hal yang lalu Tun dol di kata dek Kalimullah sebagai "seorang yang pincang dan hanya mampu tengok dari garisan tepi.” Aku khuatirkan si Bugis Lanun melanda landa naik kepala kita, tak hormatkan sesiapa, buat apa saja yang dia suka.

    Tak boleh. Mesti di sekat. Tak esok lusa, di pilihanraya akan datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan nya tak reti protokol, mesti reti punya, kalau bodoh bangang pun, ada Pegawai2 PTD yang menasihat nya - tak elok bawak si anak tiri naik eksekutif jet Perdana Menteri.

      Kalau anak kecik atau di bangku sekolah, lain lah. Ini anak dah tua baka. Pelanun mcm si bapak tiri pulak nya. Dan lawatan itu ada lah lawatan resmi. Astaghfirullah. Laknatullah punya tabiat betul.

      Memang, si gemuk gedempul punya kerja. Dalam hal ini si Bugis Lanun dah jadi macam Tun Dol yang di sebut Kalimullah sebagai "pincang dan hanya mampu tengok dari garisan tepi.” Di buat dek bini.

      Padam
  8. saya mengenali pak lah sejak 1973 lagi melalui arwah tun hendon yg ketika itu menjadi setiausaha kpd pengarah bhg latihan JPA (arwah t s Yusuf Rahman)n saya merupakan 'orang kanan nya'.

    pasangan ini amat 'loving'. olih kerana ts Yusuf gemar bertugas selepas waktu pejabat, maka pak lah terpaksa lah menunggu utk membawa isteri nya pulang lewat ptg.

    olih kerana perwatakan pak lah yg selalu ingin membantu, maka saperti datuk nya arwah Syeikh Abdullah Fahim, (mufti pertama p. pinang stlh merdeka)maka saya berpendpt bahawa pak lah lebih sesuai berkecimpung dlm bidang keagamaan.

    saya amat bertuah kerana dpt bersalaman dgn Syeikh Abdullah. (olih kerana amat d hormati, beliau d kenali sebagai 'keramat hidup' olh penduduk Kepala Batas) ketika arwah bapa saya dgn tangisan melaku kan pamit sebelum d tukar semula k Raub,Pahang.
    saya pd ketika itu berumur 14 thn, tlh berinya hadiah rm1.

    sungguh pun beliau banyak kelemahan, n selaku sebahagian drpd keluarga besar PTD, saya amat berbangga yg beliau masih lagi mempuyai prinsip 'fair play' hingga sekarang.

    jika tidak d pengaruhi olih 'anak hantu nya'(kj), mungkin legasi nya akan lebih 'harum'.

    najib yg d rasuk olih pengaruh rosmah sudah pun mempamirkan tanda2 kerakusan utk terus berkuasa.

    Akta Majlis Keselamatan Negara adalah satu2 nya senjata yg mungkin akan d gunaka kan utk terus berkuasa.

    mesej saya kpd najib amat senang. 'kita bolih merancang, tetapi Allah SWT adalah perancang yg terunggul'.

    'we propose but GOD disposes'.

    kita lihat n tunggu saja saat2 rakyat terbanyak menjatuhkan kerajaan kleptocracy ini melalui peti undi.

    Insya'allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih terbayang Tun Abdullah Badawi kelihatan tersipu-sipu di PAU 1988, Ketika itu UMNO baru2 dihidupkan semula pada 1988. Dia hanya tunduk tak banyak cakap. Maklumlah Tun Mahathir dgn rela mengambil dan melantik semula dia sebagai Ahli Majlis Tertinggi.

      Memang Tun Abdullah Badawai & Najib jenis manusia tidak mengenang budi. Saya adalah saksi hidup ketika itu sebagai perwakilan Bahagian.

      Padam
    2. Lupa cakap tun m ITU kenang budi pada tunku ,tun razak dan Tun hussian ITU, tun m yg Cuba jatuh mereka semua sebab tamak nak jadi PM

      Padam
    3. Salam dear seniors.

      Pak Othman

      Itulah bezanya orang yang masih ada iman dengan yang tidak ada iman dan berlakon sahaja macam beriman.

      Sabda Nabi "malu itu sebahagian dari iman". Sebab tu Tun Dol nampak malu pada masa itu dan semasa ia diasak untuk letak jawatan.

      Apabila hilang malu apa jadinya? Jadilah spt yang nampak jelas pada hari ini.

      Ada pula seseorang yang ada hari ini mukanya tebal seperti tembok besar negara China. Boleh cakap pasal amanah, jujur, Islam dan sebagainya selepas dah kantoi berkali menipu, menyamun dsbgnya.

      Dalam sini pun ada seekor sebijik macam tu muka tak malu mengaku juara padahal anjing pondan yang muncul anonyMouse dan main pukul curi saja berani.

      Siapa?

      Lu fikirlah sendiri

      Padam
    4. Tumpang lalu sajak..


      UMNO tidak ada tolok bandingnya padaku
      Parti datuk nenekku
      Parti keramat orang Melayu
      Parti yang merubah nasib bangsaku

      Kuperah keringat dan otak demi kelangsunganmu
      Kerana aku percaya akan perjuanganmu
      Demimu UMNO ku redah desa dan kota
      Agar kau terus di persada

      Tapi itu cerita dulu
      Masa itu sudah berlalu

      UMNO kini bukan UMNO yang dulu
      UMNO kini dah remuk dan layu
      UMNO kini dah hilang arahtuju
      UMNO kini dah tak perjuangkan nasib Melayu
      UMNO hanya pertahankan Kelepet yang satu
      Berbillion duit negara dia sapu
      Satu dunia dah tahu
      Tapi dia buat selamba muka tak tahu malu

      Demi kelangsungan nasib Melayu
      Tun M terpaksa buat sesuatu
      Maka tertubuhlah parti BERSATU
      Di situ Melayu mesti berpadu
      Memberikan undi semasa PRU
      Agar nasib anak cucu lebih menentu
      Di bawah parti Melayu baru.
      Iaitulah parti BERSATU.

      BERSATU BERAMANAH BERMARUAH

      Kredit kpd Kak Hamidah Osman

      Padam
    5. Wa alaikum salam sdraku John Doe..

      Salam perjuangan & teruskan berjuang Without Fear or Favour.

      Padam
  9. Al-'Isrā':25 - Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

    BalasPadam
  10. Al-'Isrā':25 - Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong alamatkan pesanan itu kpd pihak yang tertentu. Saperti si Bugis Lanun. Dan sekutu sekutu nya.

      Padam
    2. Binatang Ternak (Al-'An`ām):117 - Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui tentang orang orang yang mendapat petunjuk.

      Nabi Yunus (Yūnus):40 - Di antara mereka ada orang-orang yang beriman kepada Al Quran, dan di antaranya ada (pula) orang-orang yang tidak beriman kepadanya. Tuhanmu lebih mengetahui tentang orang-orang yang berbuat kerusakan.

      Nabi Yunus (Yūnus):41 - Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah: "Bagiku pekerjaanku dan bagimu pekerjaanmu. Kamu berlepas diri terhadap apa yang aku kerjakan dan akupun berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan".

      Padam
  11. http://yaleglobal.yale.edu/content/desperate-survive-malaysia’s-pm-sells-his-country-china

    BalasPadam
  12. Penyerang tiga serangkai
    Daripada anak-anak tuhan harun
    Membuat counter attack

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanpa nama 11:27ptg.

      saya ikhlas mahu berkongsi pengalaman n insya'allah bertujuan utk kebaikan n tiada siapa yg menyogok saya.

      buat masa ini saya tidak mengenali sesiapa dlm blog ini. mungkin matalamat kami ia lah sama - utk meyelamatkan Negara tercinta ini dari kemusnahan.

      jika tidak bersetuju dgn pandangan saya, sila utarakan dalil2 sdr.

      kalau dgn rosmah pun saya berani berdailog n memberi pendapat, maka insya'allah saya bersedia berdepan dgn sdr atau dgn sesiapa pun.

      Padam
    2. Pak Rahman.

      Dia tak ada modal tu. Muncul pun di bawah ini.

      Padam
  13. Kepala abah kau la tuan harun. 1129 kalau nk komen pun biar ada isi alu rasa makbapak kau tu hari salah tahun lahirkan kau tahun babi kot tu perangai serupa babi kalau nk protect najisb pun biarla kena cara bagi la hujah,..

    BalasPadam
  14. Tosonyap Jing Jibo.

    BalasPadam
  15. 1. Dato Rahman, sdra John Doe dan Othaman merupakan hamba2 Allah yang dalam penelitian saya menulis menggunakan fakta dan pengalaman, melontarkan apa yang akan kita hadapi masa mendatang tanpa minta dipujipuja dan ganjaran. May be they are aligned to mahathir's faction but their experience and access to data and facts have enhanced their quality of arguments.

    2. Walaupun pro najib seperti kejora, keris berayon, unknown dan mereka sepencarut cuba kutuk, maki, caci, lekeh or what have you....these 3 gentlemen would remain steadfast with their argument. Man of facts and truth are not succumbed to fools made up of dedakians.

    3. I do not know anyone of the above 3 personalities but would certainly like to meet them one day over breakfast, lunch or dinner.

    4. In my view, I would like to see more debate on the deafening silence of the agamawans. Unfortunately, my personal stand is I have no longer trust in islamic institutions such as jakim, national fatwa council, mufti etc viz najib's government and their unbelievable actions. Of late, OTSB has bravely come forward with his strong views on islamic issue. I do not support him in totality but he made a good assumption that muslims do not and never apply 4 Ws and 1 H in arriving at a decision. Acceptance without questioning make muslims weak in all spheres.

    5. In my personal view, Dato Rahman must continue to comment by making references to his vast experience as an ex civil servant holding high and well informed position. Sdra John Doe, I believe has great knowledge in islam should stress more on the importance of speaking the truth, the true meaning of hypocrite and or munafiq, even to ready to meet the muftis in the like of harussaini (agreeing with kafir australian based lawyer and believing apandi ali without any reservation) or shukri (of haram jatuhkan najib fame) or prof dr hanafiah (for generalising all information by kuffar must not be brlieved!). The fact is from my understanding, harussaini contradicted prof dr hanafiah!

    6. Sdra Othaman i believe must have been a party man (i believe umno...masih kagi ke?). He must continue to speak up to make understand UMNI DULU BUKAN UMNO SEKARANG.

    7. It is high time for the 3 of you to ignore comments by kejora, keris berayon and unknown. They are devil's advocates, paid dedak writers. I have yet to see an unequivocal argument that is true and factual.

    Wallhuaklam

    BalasPadam
    Balasan
    1. 7:43 Esq..

      While appreciating your comment, I humbly take it not as compliment but a challenge to spur me continuing my struggle in upholding justice & good cause for the rakyat & nation.

      Touching on 4W + 1H, it is in my opinion that these are the essential concepts lapsed by the last 2 PMs administration in dealing with issues & problems and the follow-up remedial corrective & preventive measures.

      Salam perjuangan.

      Padam
    2. Salam bro 7:43

      Seperti pak Othman saya juga menganggap ucapan saudara itu sbg sokongan dan kehendak ingin melihat kebaikan cahaya di hujung terowong yang gelap di bawah pemerintahanan keleptokrasi.

      Asalnya saya di sini untuk menyokong kecil2an tetapi tetiba sahaja saya ditarik menjadi di antara ahli forum yang utama. Semuanya berlaku tanpa niat. Jika dilihat kembali sejarah keterlibatan saya di dalam blog ini saya hanya mula aktif dan serius apabila melihat Kejora merendahkan ayat2 AlQuran dengan memetik secara semborono dan kemudian mencampur aduk dengan caci dan carut.

      Izinkan saya menambah.

      Saya percaya tidak ada gunanya bertemu mufti-mufti yang sengap membisu dan bermain selamat. Mereka telah pun terpesona dengan jawatan duniawi sbg mufti dan faedah2 yang datang bersamanya. Apalah diharap daripada mereka lagi.

      Izinkan saya bercerita.

      Saya kenal salah seorang mufti di Malaysia secara peribadi. Ketika beliau menjawat jawatan ahli akademik, beliau dikenali sangat membenci UMNO dan menganggap UMNO kafir. Setiap kuliah yang diberikan akan diselitkan hasutan menjatuhkan kerjaan UMNO-BN yang menurutnya kerajaan tidak Islam.

      Hari ini beliau bergelar mufti di sebuah negeri pimpinan UMNO, dan kenyataan yang beliau buat nampak condong ke arah UMNO pula. Almaklumlah sudah mendapat jawatan rasmi agama paling berprestij di dalam negerinya melalui UMNO. Kalau beliau benar2 percaya UMNO bukan Islam beliau sepatutnya menolak perlantikan itu. Mufti negeri mana biarlah saya sahaja yang simpan. Yang pastinya bukan Kelantan.

      Soalan saya; beginikah orang yang kita harap bercakap benar tentang pemimpin yang zalim? Lupakanlah mereka itu.

      Saya pula dikenali sebagai penyokong UMNO. Saya pernah ditawarkan menjadi orang no.2 di dalam Jabatan Hal Ehwal khas di sebuah negeri, tapi jawatan itu saya tolak kerana ditakuti saya akan terjebak. Details saya pohon untuk terus rahsiakan.

      Kalau saya terima hari ini sama ada saya menjadi pendedak seperti Tun Faisal atau ditamatkan khidmat seperti suami Hamizura Osman. Syukur Alhamdulillah keduanya tidak berlaku.

      Hidup saya sgt sederhana, malahan berbanding mereka yang terima tawaran jawatan2 penting ini saya boleh dikatakan ketinggalan dari sudut kewangan dan kemewahan.

      Hanya saya pohon kepada Allah jangan sampai saya merempat atau gagal membayar hutang piutang saya.
      Setakat tidak hidup mewah in shaa Allah saya boleh sahaja.

      Saya pohon beredar dulu utk tumpukan mencari rezeki halal.

      Salam.

      Padam
    3. Saya tak kisah mendapat sebutan atau pujian atau tak. Saya akan terus menghentam Jing Jibo (yang rasa nya jugak di gelar Kejora) selagi dia keluar di sini supaya pembaca "sepintas atau dua lalu" - yang mungkin kurang faham politik semasa - dapat faham atau sedorkan bahawa kata kata Jing Jibo itu tak benar, selalu mengarut, jugak mencarut.

      Saya setuju tak payah layan dia, tapi ha nya bila sudah banyak sangat koen bagi tiap2 pos e.g sehingga jumlah komen mencapai 50, di mana sudah cukup jawapan jawapan atau balasan di beri kapada komen2 nya.

      Bagus lah sesiapa yang mahu membalas dengan berehemah kapada nya tapi saya berpendirian bahawa, pada masa masa nya, Jing Jibo layak di beri "balasan in kind" atau "dulang paku serpeh". Tidak semua pembaca atau peserta blogs terdiri dari yang berhemah.

      Bagus juga sesiapa yang mahu berjumpa, bersilaturahim dsb nya tapi pada saya lebih banyak masa di gunakan untuk menidakkan kata kata Jing Jibo atau Kejora, dan membuat cacian ke atas Jibo dan penerangan apa salah nya dan apa yg sepatut nya di buat nya ada lah lebih baik. PRU14 tak lama lagi dan rakyat perlu di sedorkan kepincangan negara, di pujuk dan di gesa jangan undi Jibo dan UMNO/BN seberapa selalu yang boleh.

      Ini pendapat saya yang tak di undang, yang saya keluarkan di sini dengan ikhlas sebab kita ada musuh yang sama dan saya minat ha nya membidas dan membidal salah laku pemimpin negara di sini.

      Saya sudah pergi keliling dunia dan tinggal di 1-2 tempat di luar negara, melihat keadaan dari dekat di luar dan di dalam negara. Kedaan begitu buruk di Malaysia sekarang amat perlu di baikki. Takda jalan lain selain dari gantikan Najib ASAP, selewat lewat nya tumbangkan dia di PRU14.

      Jom. Ayoh.

      Padam
    4. Sdraku john doe..

      Kita semua diberi ujian oleh Allah SWT. Saya percaya di sebalik musibah atau tidak mewah itu ada hikmah tersembunyi seperti pesanan almarhum ayah saya. Kemewahan melimpah ruah juga adalah ujian, jika tidak berhati-hati kita akan lalai dan terus mengutamakan duniawi.

      Waulah Hu A'alm.

      Padam
    5. Terima kasih saudara Tanpa Nama dan Pak Othman.

      Silakanlah saudara Tanpa Nama.

      Pak Othman

      Benar kata2 pak Othman itu. Cuma bila saya bangkitkan tentangnya bukanlah saya merungut atau yang sewaktu dengannya. Cuma saya mahu fahamkan pemakan dedak bahawa bukan daki dunia yang saya kejar. Ada Alhamdulillah, tak ada pun Alhamdulillah.

      Kisah ini juga berkaitan dengan topik sahabat kita yang mencadangkan berjumpa dengan mufti untuk membincangkan tentang keleptokrasi dan kisah bgmn seorang mufti yang dulu benci UMNO dan salah guna majlis kulliah untuk menanamkan kebencian itu tetiba sahaja menyokong UMNO disebabkan dilantik ke jawatan mufti. Orang beginikah kita nak harap berkata benar ke atas pemimpin yang zalim?

      Saya percaya pak Othman dapat menangkap maksud saya.

      Apa pun terima kasih di atas nasihat.

      Padam
  16. An-Nūr:36 - (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

    An-Nūr:37 - (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

    An-Nūr:38 - (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.

    Sajdah (As-Sajdah):15 - Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong.

    As-Sajdah:15 - Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

    As-Sajdah:16 - Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

    {” Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kalian. Sesungguhnya Allah (itu) Maha mengetahui, (dan) lagi Maha Mengenal “} (QS. Al-Hujuraat : 13)

    Sapi Betina (Al-Baqarah):277 - Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

    Certainly, Allah loves those who put their trust (in Him).” (Surah Imran 3:159)

    74:11 Leave Me with the one I created alone

    9:105 And say, "Do [as you will], for Allah will see your deeds, and [so, will] His Messenger and the believers. And you will be returned to the Knower of the unseen and the witnessed, and He will inform you of what you used to do."

    9:104 Do they not know that it is Allah who accepts repentance from His servants and receives charities and that it is Allah who is the Accepting of repentance, the Merciful?

    9:102 And [there are] others who have acknowledged their sins. They had mixed a righteous deed with another that was bad. Perhaps Allah will turn to them in forgiveness. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful.

    BalasPadam