Selasa, 15 November 2016

Semangat Rakyat Terus Memuncak..!


Semangat tidak boleh dibeli dengan duit..! tapi duit boleh menyebabkan hilang semangat..! Bangkit berani kerana benar..!

Kita tiada duit. Najib banyak duit boleh senyum, menari: Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mendapat banyak kerusi di Parlimen pada masa akan datang.
Beliau yang juga Pengerusi Bersatu berkata, walaupun pembangkang tidak mempunyai duit sebanyak yang dimiliki Datuk Seri Najib Razak, usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri itu tidak akan pernah terhapus.
“Selagi kita tak dapat kerusi melebihi Barisan Nasional, kita akan tetap kekal sebagai parti lawan.
“Dan kita takde duit sebanyak dia (Najib), dia ada duit banyak, orang Amerika kata kes penipuan terbesar. Satu dunia kenal kita, kita famous.
“Najib masih boleh senyum, menari,” katanya berucap pada Forum Khas Bersatu Meneroka Masa Depan yang diadakan di Dewan Bukit Jelutong, di sini, malam tadi.
Susulan itu, beliau berkata, parti pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa untuk melaksanakan janji-janji melainkan dengan menyeru rakyat bersatu padu memperjuangkan matlamat bersama.
“Rakyat kena ingat, kekuatan sesuatu kumpulan datang dari perpaduan, walau datang dari kumpulan lemah
“Kalau kita tak buat apa-apa, ia tiada makna. Kita kena bersatu untuk melawan.. satu lawan satu,” katanya.
Semangat menyamun takkan kekal lama..! Apabila datang kebenaran maka hilanglah kebathilan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

31 ulasan:

  1. Salam tuan admin.

    Mohon tuan admin pastikan ruangan kosong yang disabotaj oleh pendedak dipadam sebelum masukkan entry baru.

    Kalau pun nak ditinggalkan sbg bukti sabotaj tinggal satu sudahlah. Jangan biarkan sabotaj ini bersepah.

    Harap admin ambil perhatian dan oblige.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macai najib betul2 desperate...cakap berapi2 boleh kalah api naga..bahlol betul macai ni sabotaj jer yg dia pandai..

      Padam
    2. Setuju dan sokong cadangan john doe.

      Jugak mintak supaya di ambil tindakan tiap kali pensabotaj itu buat gitu. Supaya mengelakkan pembaca bosan dan tak mengkunjungi blog ini lagi.

      Itu tujuan jahat dia, kalau kita tak ambik tindakan, dia berjaya mencapai tujuan dia.

      Padam
    3. Kot computer IP nya keluar di dashboard blog Putera Merdeka. Boleh coba trace dia dari situ. Ada yang pakar bagi tracing IPs, rasa nya.

      Bila dapat, laporkan kpd Police. Atas tuduhan membikin public nuisance, mengacau ketenteraman warga blog ini, dsb nya.

      Padam
    4. Hehehe..

      Tu jenis jamal alam maya.
      Meneruskan tradisi bebal.

      Mula marah polis.
      Twist kpd bdk zuraida.
      Xsedar semua dirakam.

      Itulah bebal penyokong najis yg nyata.

      Padam
  2. Bukan "banyak" duit - ada "bertan" duit. Gila, berbilion Ringgit, beb.

    Itu dari 1MDB aje. Tak tau le dari lain lain punca, macam pelaburan dari China RM148 bilion, tak tau ada komisen ke. Kalau 10% komisen, dah RM14 bilion masuk lagi.

    "Mister ten percenter" terkenal di sana sini. Secucuk motivasi nya dengan "Mister Cash Is King".

    Jadi, mana tak nya boleh senyum. Ketawa sampai terbongkang pun boleh, beb.

    BalasPadam
  3. cucu tok selampit15 November 2016 8:18 PTG

    Hidup najib, mati umno

    BalasPadam
  4. B E R I T A M E M A L U K A N D I L U A R N E G A R A

    A Malaysian security law that gives embattled Prime Minister Najib Razak sweeping emergency powers came into force Monday, with Amnesty International warning of potentially “abusive powers.” Under the National Security Council Act, a council led by Najib, who faces pressure to resign over a financial scandal, can declare a state of emergency in areas deemed to be under a security threat. Security forces can impose curfews and have wide powers of arrest, search and seizure without a warrant.

    US Justice Department initiated action to seize $1.3 billion it said was stolen from 1MDB by people close to Najib. The fund was created to promote economic development projects. Instead, US prosecutors said fund officials diverted more than $3.5 billion through a web of shell companies and bank accounts abroad. The money was used to pay for luxury properties in New York and California, a $35 million jet, art by Vincent Van Gogh and Claude Monet and helped finance the Hollywood film, “The Wolf of Wall Street,” made by Red Granite Pictures headed by Najib’s stepson, according to the DOJ complaints.
    The US forfeiture demand, the largest single action it’s taken, are by far the biggest threat to Najib’s credibility that could reinvigorate the opposition and ruling party members who are secretly opposed to him. Najib has pledged to cooperate in the investigations and denied any wrongdoing. He remains firmly in political control of the country, after replacing his critics in the ruling party and the government with men loyal to him.

    Source: The Indian Express

    BalasPadam
    Balasan
    1. BERITA MEMALUKAN LUAR NEGARA

      Malaysia’s opposition and Twitterati have lashed Prime Minister Najib Razak after images showed he was accompanied on an official trip to China by his stepson, who U.S. authorities have fingered in a massive embezzlement scam.

      In images on Twitter, Riza Aziz is seen emerging along with Najib from his delegation’s official plane after it arrived in Beijing on Monday.

      The U.S. Justice Department said in lawsuits filed in July that more than $200 million was funneled to Riza from a state investment fund that Najib founded called 1MDB.

      1MDB is now the subject of investigations in several countries across the globe amid allegations that Najib, his relatives and associates plundered billions from it.

      The Justice Department, which seeks to recover more than $1 billion in property and assets it says were purchased using stolen 1MDB money, said Riza used the siphoned millions to buy luxury real estate and fund his film production company, Red Granite Pictures.

      The diverted funds were used specifically to bankroll the Hollywood film “The Wolf of Wall Street,” directed by Martin Scorsese and starring Leonardo DiCaprio.

      “Not only do we have to bear (the cost) of the expensive jet, but now he (Najib) is bringing his stepson, whom the whole world is looking for in relation to 1MDB monies,” opposition lawmaker Rafizi Ramli was quoted as saying in parliament.

      “Riza shouldn’t be given special treatment using the people’s funds. He should be arrested and questioned.”

      Malaysian media quoted a spokesman for Rosmah Mansor, Najib’s wife and Riza’s mother, as defending his presence, saying China had invited Najib’s whole family.

      But Twitter users pounced.

      “FBI, hurry! Go capture him!” said one posting in the Malay language.

      Another read: “Scandalous and outrageous. Aren’t the Najibs ashamed of themselves?”

      The Justice Department filings repeatedly mentioned a “Malaysian Official 1” as taking part in the 1MDB looting. Malaysia has since admitted that official was Najib, while stressing that he was not a target in the U.S. legal action.

      Najib and 1MDB deny wrongdoing.

      No arrest warrants are known to have been issued by U.S. authorities in the case.

      Source: The Japan Times News

      Padam
  5. KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dilihat semakin takut dengan kekuatan pembangkang, jelas Naib Pengerusi Amanah Negeri, Che Ibrahim Mohamed.

    Menurutnya, tindakan Najib mengeluarkan kenyataan bahawa masa depan negara tidak boleh bergantung pada pakatan politik yang hipokrit memperlihatkan kebimbangan pemimpin nombor satu negara itu kepada kekuatan sebenar yang ada dalam pembangkang kini.

    “Apa yang paling ditakuti oleh BN ialah apabila parti-parti pembangkang berjaya mengetepikan perselisihan di kalangan mereka untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang jitu melawan BN dalam PRU 14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

    Menurutnya, pertembungan yang didakwa wujud antara Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang adalah ketika kedua-dua tokoh tersebut dalam aliran politik yang berbeza di mana Tun Mahathir adalah Ketua Kerajaan, manakala Kit Siang pula adalah Ketua Pembangkang.

    Namun kini mereka berada dalam satu barisan pembangkang yang semakin mantap dan mempunyai cita-cita politik yang sama untuk menentang BN.

    “Itulah yang digeruni dan cuba dielak oleh Najib, beliau tidak mahu dan tidak selesa jika pembangkang berada dalam satu persepakatan yang kukuh, lebih-lebih lagi jika barisan pembangkang bertanding dalam PRU14 nanti menggunakan satu simbol dan satu manifesto.

    “Pakatan BN sebenarnya bukanlah satu pakatan yang kukuh, kekuatan mereka semata mata kerana sebagai parti yang memerintah, jika ditakdirkan BN kalah, saya yakin pakatan BN akan pecah dan akan ada komponennya yang akan bersama Pakatan Harapan,”katanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hangpa saja pandai nak begabung, ingat kami tak reti ke? Kami juga bergabung / bekerjasama tapi dlm diam2. Tidak seperti korang hebuh satu donia itu baru ura2 nak bergabung , macam ayam ibu ayam (bukan bapak ayam) betelur sebiji bising sekampung.

      Padam
    2. Bergabong dengan perompak memanglah kena senyap2..teloq plastik

      Padam
  6. http://www.mas.gov.sg/News-and-Publications/Media-Releases/2016/MAS-directs-BSI-Bank-to-shut-down-in-Singapore.aspx

    Boleh sape2 tolong cari dalam offcial statement MAS tu mana pegi nama

    1. 1mdb
    2. Najib
    3. Jho low
    4. Ntaj sape2 lagi yg korang rasa patut ada....

    KAHKAHKAH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jahil hai ehwal semasa..tadi ko sabotaj ruang komen..pengecut

      Padam
    2. Blog ko baca tu bertarikh berapa hb?perbicaraan yg baru plak sedang berjalan..macai bebal selalu ketinggalan zaman...he3

      Padam
  7. Kita Mesti Hapuskan Umno Ini ! - Tun Mahathir


    Saya percaya ramai yang dah dengar atau baca kenapa Tun Mahathir sanggup bertindak meninggalkan Umno yang beliau bersama selama 55 tahun sehingga ke tahap mahu menjatuhkan Umno !

    Semasa berucap di majlis forum anjuran PPBM Shah Alam baru ini, Tun Mahathir sekali lagi mengulangi perkara itu. Cuma kali ini saya berdetik untuk mengambil sudut dekat ( zoom ) kepada muka Tun supaya kita dapat sedikit sebanyak menyelami hati beliau melalui raut wajahnya.

    Bukan kerana faktor Najib seorang. Sebelum Najib pun, Tun pernah tidak sehaluan dengan Tunku dan PakLah dan beliau samada dipecat atau keluar juga dari Umno tapi tidaklah sehingga beliau bersama pembangkang. Kerana pada Tun, yang masalah adalah pemimpin bukan parti.

    Tapi kenapa kali ini Tun bukan saja keluar Umno tapi berusaha mahu menjatuhkan Umno ? 



    KLiK untuk ke Youtube

    Sebab Umno sudah rosak teruk ! Najib sudah merosakkan Umno ke tahap Umno sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

    Makanya tidak harus timbul persoalan lagi apakah sekiranya Najib diturunkan dan pemimpin Umno lain ambilalih, Tun akan kembali bersama Umno.

    Kerana Umno sekarang bukan lagi Umno yang dulu.

    Orang2 Umno harus sedar bahawa kamu adalah sebahagian daripada sebuah parti yang tidak bersemangat sama sekali. Yang hanya berjuang untuk diri sendiri.

    Sebab itu Tinggalkan Umno !

    Ayat yang dipilih oleh Tun juga menggambarkan tekad dan kenyakinan beliau -

    KITA MESTI HAPUSKAN UMNO INI ! !



    Nothing personal ... bukan untuk kepentingan diri tapi tidak lain dan tidak bukan, semata2 kerana Agama, Bangsa dan Negara. Demi rakyat Malaysia dan generasi kita seterusnya ....

    BalasPadam
    Balasan

    1. Demi untuk kesejahteraan kita semua, kita mistikan BN/PAS menang DLM pru14 ini.
      Kita jangan bagi satu kerusi pun pada ppbm&amanah

      Padam
    2. Demi untuk membolehkan wang negara habis dirompak kita mesti menangkan najib dengan BN/hamPAs...amacam setuju tak?

      Padam
    3. Org yg kita nampak bersih cekap & Amanah org paling korap sekali. Sebab dia mampu beli sendiri jet untuk kegunaan anak cucunya.

      Padam
    4. Bukti ade? Kalo tak ade bukti pun tak pa..repot jer sPRm..bahlolo

      Padam
    5. Satu donia tau dia ada jet peribadi... ko baru keluar dari gua tempurung ke?

      Padam
  8. LEBIH BAIK JAMAL TINJAU SAMA RUMAH DAN KERETA MENTERI2 UMNO

    Selepas pulih daripada insiden hidung berdarah semalam,  esok pemimpin Baju Merah, Jamal Md Yunus dilaporkan akan membawa sekumpulan wartawan menaiki helikopter untuk meninjau rumah banglo seorang pemimpin PKR di Ampang, Selangor.

    Dakwanya, pemimpin Angkatan Muda PKR itu memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti berkenaan.

    Terbongkar kisah bagaimana seorang yang baru berusia 28 tahun dan baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR, namun memiliki kekayaan yang luar biasa...banglo, kereta berbelas biji yang bernilai berjuta-juta ringgit, katanya lagi.

    Makin kacau nampaknya Jamal ini...apa masalahnya jika seseorang yang kaya dan banyak duit memegang jawatan dalam parti politik?

    Jika pemimpin muda tersebut tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, GLC atau sebagainya, salahkah dia kaya dan memiliki wang yang banyak dan di mana boleh dikaitkan dengan rasuah atau salah guna kuasa?

    Mungkin dia pandai berniaga, berasal dari keluarga berharta, ada bapa mertua kaya atau menang loteri dan sebagainya?

    Berbeza dengan apa yang berlaku dalam UMNO dan BN selama ini, mereka yang dipersoalkan itu selalunya ada jawatan penting dalam kerajaan. 

    Tidaklah rahsia bahawa bukan saja menteri dan timbalan menteri yang diketahui ramai yang kaya dengan memiliki rumah besar, banyak kereta, isteri bergaya dengan perhiasan mahal-mahal,  bahkan setiausaha sulit, setiausaha akhbar dan pegawai khas pun tidak sedikit yang berubah gaya hidupnya secara mengejut.

    Mereka ini memang wajar dipersoalkan kerana ada jawatan dalam kerajaan serta terlibat menguruskan dana yang berkaitan rakyat. Maka, ia wajar dipersoalkan.

    Untuk itu, terlanjur Jamal sudah membawa wartawan dengan helikopter esok, eloklah jika beliau meninjau sekali kekayaan dan besar mana rumah serta berapa banyak kereta yang dimiliki oleh sebahagian besar pemimpin kerajaan itu.

    Antara  kawasan perumahan yang boleh ditinjaunya ialah Taman TAR di Ampang, Bukit Damansara, Taman Duta, Mont Kiara, Tropicana serta Country Height di Kajang di mana disitulah bersemayamnya sebahagian besar pemimpin kerajaan yang kaya-raya itu.

    Dikhabarkan sesetengah menteri, timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha itu bukan sekadar memiliki lebih daripada satu rumah, malah orang rumah juga lebih daripada satu bilangannya.

    Ambillah gambar serta video tentang rumah dan kereta-kereta yang mereka miliki dan dedahkan kepada umum, barulah Jamal akan dikenali sebagai  "Hero Rakyat"  bagi orangramai.

    Sekadar mendedahkan kekayaan pemimpin muda PKR yang tiada jawatan dalam kerajaan, kata orang bendang padi Sungai Besar, ia hanya "menghabiskan beras" saja. (SH 14/11/2016).
    Shahbudin Husin at 20:11

    BalasPadam
  9. ECRL - Kenapa Syarikat Tempatan DIketepikan DAN Isu Ringgit Jatuh - Fendi Ahmad ( Video )



    Masih ingatkah anda kepada aksi seorang pensyarah muda dari Melaka yang petah bercakap ketika majlis Muhyiddin bulan lepas ? KLiK untuk tonton kembali. 

    Di majlis Forum bersama kepimpinan PPBM di Bukit Jelutong anjuran PPBM Shah Alam baru ni, saya berkesempatan bertemu saudara Fendi Ahmad sekali lagi dan sempat sekali lagi merakam komen serta pandangan beliau mengenai dua isu yang hangat diperkatakan ketika ini iaitu Isu ECRL dan Isu Kejatuhan Ringgit berbanding Dolar Amerika.




    KLiK untuk ke Youtube

    - Ringgit Malaysia dan Dolar Australia antara dua matawang yang mencatatkan kejatuhan teruk di rantau ini

    - Kejatuhan RM lebih teruk berbanding Rupiah, Peso atau Baht

    - Di sebalik dakwaan macai yang ia tidak bawa implikasi, ekonomi negara mantap bla bla bla, kejatuhan ringgit menyebabkan harga barangan import naik. Banyak barangan keperluan yang kita terpaksa import seperti susu bayi dan lampin pakai buang di mana kejatuhan ringgit beri impak besar kepada kehidupan rakyat biasa

    - Belum diambilkira kesan GST dan lain2 ... semuanya menghimpit kehidupan rakyat

    - Faktor utama kejatuhan ringgit adalah kerana kejatuhan nilai komoditi seperti harga minyak, kelapa sawit dan lain2

    - Tapi kenapa ringgit jatuh lebih teruk berbanding negara2 jiran ?

    - PERSEPSI memainkan peranan besar. Nilai ringgit bergantung kepada supply and demand. Bila persepsi orang luar kepada negara kita negatif, pelabur2 asing akan menjauhkan diri dari melabur dalam negara, menjual pegangan saham mereka, tidak lagi menyimpan rezab mereka dalam bentuk ringgit dan tidak lagi melabur dalam negara kita.

    - Ketidakyakinan kepada masadepan Malaysia akan menyebabkan mereka mula menjual ringgit mengakibatkan berlaku lambakan ringgit di pasaran dan kesannya nilai ringgit akan jatuh.

    - PERSEPSI NEGATIF itulah yang kita kena tangani segera !

    Mengenai projek landasan keretapi Patai Timur ( ECRL ), Fendi mengulas -

    - Adakah projek ECRL bernilai RM55 bilion secara 100% hutang itu sesuai pada masa ini dalam negara berdepan hutang yang menimbun ?

    - Syarikat2 Malaysia sendiri punya kemampuan untuk membina landasan keretapi dan membangunkan projek2 hartanah, kenapa perlu pakai syarikat dari negara China ? Malah syarikat kita menerima kontrek pembinaan landasan keretapi di India !

    - Adakah syarikat tempatan yang terbukti berjaya itu tidak mampu untuk melaksanakan projek ECRL ?

    - Begitu juga dengan projek Bandar Malaysia dan TRX, apakah syarikat tempatan tidak layak ?
                                                 **********************************

    Komen anak muda ini buat saya tertanya akan satu persoalan - Kenapa Najib begitu taksub dengan negara China hingga mengenepikan syarikat2 tempatan yang sudah terbukti mampu melaksanakan projek2 yang diberikan kepada syarikat2 China ?

    ECRL dan Bandar Malaysia ..... berbillion2 ringgit tuh ! Contohnya ECRL .... tetiba jer Najib macam terdesak nak buat landasan keretapi di Pantai Timur itu .... bukannya Najib tak tahu yang negara yang dipimpinnya tengah sarat dengan hutang yang menimbun, ekonomi pula tenat, ringgit jatuh .... bukannya tak boleh tunda sehingga keadaan pulih ? Kontrek pula secara terus bukannya melalui tender terbuka.

    Ya dua faktor itu harus kita tanya - Kenapa terdesak dan Kenapa pilih China ?

    Adakah kerana dengan China yang terbukti boleh kautim sehingga disenaraihitamkan oleh Bank Dunia mampu bantu Najib menyelesaikan masalah hutang 1MDB ?

    Kita TANYA jer .... sebab keputusan Najib itu pelik dan main redah tanpa memperdulikan pandangan rakyat terutama mereka yang sememangnya pakar dalam bidang berkaitan. 

    Kerajaan Najib macam biasalah .... mereka akan jawab tapi jawapan mereka sekali dengar macam dah jawab, dua kali dengar baru perasan yang mereka sebenarnya tidak menjawab soalan yang kita tanya. 

    Skill mengalih topik memang kepakaran macai Najib.  Yang itu kita kena akui. 

    BalasPadam
    Balasan

    1. Itu Soros & the geng punya kerja la, pun tak sedar2 duk lagi dg dia

      Padam
  10. IGP : Polis akan ambil tindakan jika Jamal buat laporan palsu

    Jika siasatan mendapati pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat laporan palsu, maka tindakan akan diambil ke atasnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

    "Saya telah memberi amaran sebelum ini bahawa polis yang tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang memfailkan laporan untuk kepentingan politik dan membebankan kami.

    "Polis sedang menyiasat kejadian itu, jika didapati Jamal sengaja menyalahkan orang lain, maka dia boleh dikenakan tindakan," katanya kepada Malaysiakini.

    Khalid mengulas kejadian hujung minggu lalu yang menyaksikan hidung Jamal berdarah akibat pergelutan semasa polis menghalang penyokong Baju Merah daripada mengekori aktivis PKR di Kuala Lumpur.

    Ketika kejadian, ketua Umno Sungai Besar itu dirakamkan menjerit "polis tumbuk saya” tetapi kemudian memberitahu pemberita ‘budak’ ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin yang menyerangnya.

    Walau bagaimanapun, dalam laporan polisnya, Jamal mendakwa individu memakai t-shirt BERSIH menumbuk muka dan hidungnya.

    Sementara itu, ditanya mengenai video kejadian yang menunjukkan sentuhan genggaman seorang anggota polis tersentuh muka Jamal, Khalid berkata perkara itu sedang disiasat.

    "Kita perlu memastikan sama ada tindakan itu sengaja atau tidak sengaja memandangkan ini boleh berlaku dalam keadaan huru-hara.

    "Kita juga perlu melihat sama ada ia adalah provokasi, atau jika kekerasan munasabah digunakan oleh polis untuk mengawal keadaan.

    "Pertama sekali, biar kita siasat untuk menentukan apa sebenarnya berlaku," katanya.

    Semalam, Malaysiakini menerbitkan detik kejadian seperti yang dirakamkan dalam video berhubung apa yang berlaku.

    BalasPadam
  11. Melayu umno takut cina sembang kencang berani sangat lah kunun2nye..

    BalasPadam
  12. SAYA BANYAK BUAT SILAP KATA KUTTY
    PECAT ALJUBOORI BUKAN SATU KESILAPAN
    kikiki.. LAKONAN HAPRAK HIPOKRASI TERTINGGI
    APA NAK BUAT BOBOI DAH TAK ADA HARAPAN

    NAK TIDO TIDO KA MATO
    ESOK JANGAN LAYU LAYUAN
    KITA JAHANAM APO YG DIKATO
    BERSIH 5 KITA HANCURKAN

    BUDAK SUMAN RECYCLE CITER YG ADA
    SIBANGKA MANTAN HIDUP DLM IGAUAN
    ZAMAN BERUBAH TAPI DIO PERASAN JUARA
    REALITY HIDUP KO DAH KETINGGALAN ZAMAN

    kikikiki.... otai otai dinasour umno masih perasan hebat sepanjang masa... camno org muda dlm umno nak respek budak mcm suman nih.... bangang seoanjang maso...

    CAMNO NAK RESPEK OTAI DINASOUR UMNO
    OERASSN BAGUS SEPANJANG MASO
    DULU LAIN SEKARANG DAH LAIN ADO NYO
    AKHIRNYA JADI BARUA...APO NAK DI KATO...

    kikikiki... dinasour bodoh .. perangai tya bangja x sedar diri.... nak hormat lagi... haaktuuihh....

    kikikikki...

    BalasPadam
  13. BUDAK MUDA DAH KAYA RAYA
    ITU BUDAK ADAM PKR YANG KATA
    PATUT LA BUDAK SUMAN MENYINGA SEPANJANG MASA
    MANTAN PENERUSI MASIH PAPA KEDANA

    MEROYAN LAH SI SUMAN SEPANJANG MASA
    MANTAN PENERUSI MASIH PAPA KEDANA
    BUDAK PKR 28 TAHUN MENGAKU DAH KAYA
    NO WONDER BUDAK SUMAN TERKINJA KINJA

    kikikikiki......

    BalasPadam
  14. Manusia bekas PM kita ni punya cakap boleh pakai ke??

    Dendam kesumat, dengki, benci kalau dijadikan sebab tubuh parti baru akan hancur....percayalah!@..

    Mahathir dh tak relevan..

    Sekarang jadi makhluk perosak...

    BalasPadam
  15. Anak anak madey...semua bodoh biarkan dan gunakan bapak dia yg dah nyanyok...

    Nasihatkan lah....dekatkan diri pada Allah..jgn asyik menyebar fitnah, berdendam, benci dan khianat kpd negara...

    Jgnlah jadi manusia yg muflis di akhirat nanti...

    BalasPadam
  16. SEMANGAT RAKYAT TERUS MEMUNCAK..untuk menguburkan pembangkang yg diketuai oleh DAP...

    Pembangkang dikatakan byk memfitnah kerajaan & negara, mensabotaj ekonomi negara, peniaga yg pro DAP menaikkan harga sesuka hati supaya kerajaan dipersalahkan...dan byk lagi...

    Sebab tu pembangkang ni semua kecuali PAS perlu dikuburkan.

    BalasPadam