Jumaat, 11 November 2016

PANAS 1MDB ~ Mahkamah Di Beritahu 100 Juta US Dolar Dari Duit SRC..!


Makin pecah makin bernanah..! benda berdokumen mana mahu lari beb..! Kebenaran semakin terserlah, kebathilan semakin terbongkar..!


SINGAPORE (NOV 10): Former BSI banker for 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Yeo Jiawei told the court here today that the first structure he did for the Malaysian sovereign wealth fund was for US$100 million for SRC International Ltd.
Testifying at his own trial, Yeo said the scheme devised was for SRC, then a subsidiary of 1MDB, to invest in a fiduciary fund called Enterprise Emerging Market Fund (EEMF).
He explained that a fiduciary fund was one where the client, in this case SRC, will direct the manager of the fund on what to do with the money invested.
He told the court that SRC asked that EEMF extend a loan of US$100 million to a company called Blackstone whose beneficiary owner is Eric Tan Kim Loong, an associate of Low Taek Jho or Jho Low.
Yeo, who is facing money laundering and tampering of evidence charges, said he had raised his concerns to his bosses at BSI about the structure.
"I asked what if the investment became zero and what would happen?" he said.
SRC then gave an indemnity that shielded BSI from responsibility should all the money be lost.
After that first transaction, many more followed from 1MDB and SRC, Yeo said.
Yeo said his boss Kevin Swampillai had asked him to handle that transaction in December 2011 and that it was to be done on an urgent basis and that the client was very big and important.
He said that SRC and 1MDB were the clients of his colleague Yak Yew Chee and that he was just a support staff to execute what was decided by his bosses.
The trial continues tomorrow.
Pihak SPRM jangan butakan mata dan pekakkan telinga dengan apa yang sedang dan akan berlaku di Mahkamah Singapura..! Rakyat dan dunia terus celik dengan perkembangan disana..! 
Seharusnya pihak SPRM hantar pasukan penyiasat mengikuti prosiding yang sedang berlangsung..! Buat kerja kamu..! Jangan takut dengan Pandi..!
"Testifying at his own trial, Yeo said the scheme devised was for SRC, then a subsidiary of 1MDB, to invest in a fiduciary fund called Enterprise Emerging Market Fund (EEMF).
He explained that a fiduciary fund was one where the client, in this case SRC, will direct the manager of the fund on what to do with the money invested.
He told the court that SRC asked that EEMF extend a loan of US$100 million to a company called Blackstone whose beneficiary owner is Eric Tan Kim Loong, an associate of Low Taek Jho or Jho Low.
"I asked what if the investment became zero and what would happen?" he said.
SRC then gave an indemnity that shielded BSI from responsibility should all the money be lost."
INDEMNITY
What a familiar word....
The same word has now effectively TRANSFERED USD 6,500,000,000 from IPIC to MOF Malaysia 
I wonder who authorised that? 
Who in SRC can approve a USD 100 Million loan to an unknown "name game company" who so happens is the BENEVOLENT DONOR TO MALAYSIAN OFFICIAL 1
WHO IN SRC OR MOF MALAYSIA CAN DO SUCH THING? 
WHO? 
Jangan tungu lama lama
Nanti lama lama
Dia di ambil orang
Jangan tungu lama lama
Nanti lama lama
Dia di ambil orang

Tunggu episod seterusnya..!



Do you want to know how SRC International BOD decides on all matters? 
Excellent....
Best Interest for the Nation ke Best Interest for the Advisor?

One Advisor to Rule them all
BTW where in the world are the BOD of SRC International?
Dah la tu....lubang dah boleh muat 15 ribu Rosmah 
Lu budget boleh tutup lagi ke?


Siapa pulak lepas ni???

Lu Fikir La Sendiri!!!

55 ulasan:

  1. HIDUP NAJIB, MATI UMNO, LEPAS NI BOLEHLAH PMO ATUR PERTEMUAN DGN TRUMP SAMBIL MSIN GOLF

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ringgit cecah 4.484 berbanding dolar pukul 11 tadi. Masih mahu main golf ka najib?

      Padam
    2. Najib dah mabuk ronggeng..yeaaahhh

      Padam
    3. Umum tahu salah satu sebab kejatuhan mata wang ialah akibat hilangnya keyakinan masyarakat dunia ke atas mata wang tersebut.

      Apabila keyakinan ini hilang di kalangan warganegara maka lebih cepat ia merudum.

      Maka ada rumours yang mengatakan kehilangan keyakinan dunia ke atas mata wang Malaysia adalah akibat PM Malaysia kelihatan beria-ia memuji dan medekatkan dirinya dengan Trump. Ia menyebabkan masyarakat dunia melihat ada yang tidak kena dengan Jibo dan tempiasnya terkena pada ringgit.

      Tapi spt biasalah, Jibo peduli apa, asal tengkuknya selamat Trump pun dia sanggup menghadap.

      Padam
    4. Ringgit jatuh, najib ronggeng.

      Padam
  2. Saya yakin SPRM tak membutakan mata dan pekakkan telinga dengan apa yang sedang dan akan berlaku di Mahkamah Singapura. Depa mesti hantar wakil. Dan terus hubungi Monetary Authority of Singapore bagi dapatkan mana maalumat yang belom di ketahui.

    Masalah nya ia lah Peguam Negara Pandi. Dan Najib. Selagi Pandi pegang jawatan PN dan Najib pegang jawtan PM, selagi itu lah tidak akan ada pendakwaan Najib di Mahkamah.

    Kena gantikan Najib ASAP. Kerana UMNO tak akan buat begitu, rakyat / pengundi kena buat itu di PRU14.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syabas saudara.

      Saya cadangkan baca kenyataan terkini peguam negara Switzerland yg kecewa kerana peguam Negara Malaysia enggan berikan butiran2 dan bukti2 yang diminta di bawah MLA.

      Kata telus dan akan beri kerjasama penuh. Sembang gebang temberang saja kerja puak2 ni.

      Malaysia dah jadi bahan ketawa dunia. Rule of law sudah jadi rule by law di bawah Najib. AG Malaysia sudah jadi bahan ketawa dunia.

      Setuju dgn kenyataan Jibo mesti ditumbagkan agar keadilan dapat ditegakkan. Setuju juga dgn kenyataan kalau UMNO tak buat begitu, kita rakyat yang akan kena buat.

      Dan itulah yang kita akan buat. In shaa Allah jibo akan tumbang. Aamiin.

      Padam
    2. Txs, tolong bagi link, john doe. Saya dah lama rasa begitu. Tapi belom dengar "no co operation by Pandi" hingga Sdr beri tahu.

      Kalau ada di Google News headlines, saya akan baca sikit lagi.

      Padam
    3. Ishk, saya pun tak ingat. Nak bg link pun susah sbb saya guna hp. Tak leh link kan.

      Padam
  3. Bkn muntah hijau lg tapi xthu kaler apa lg muntah aku tgk tajuk 1mdb yg puak ni duk putar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kejora

      Ni round 3 aku tanya. Kata aku reka cita bila tkdk hujah pdhl aku malas lyn bolak balik kamu. Bila aku hujah tk jwb pun. Nah sila jwb.

      Tajuk bolak balik.

      Saya pernah post tntg AlQuran menasihati kita jgn terpedaya dengan bolak balik penipu di dalam negeri melalui ayat 196 ali Imran. Walaupun ayat itu sebut jgn terpedaya dgn orang2 kafir tetapi nasihat ini terpakai secara am. Adakah kalau orang Islam yang melakukan bolak balik di dalam negeri maka tidak apa utk biarkan kita terus diperdaya?

      Di dalam posting awal sebelum ini ada tntg 40 jwpn kpd 1 soalan berkenaan 2.6b. Inilah satu sikap bolak balik Jib dan konco2nya. 1 soalan 40 jwpn. Adakah 40 jwpn ini fitnah atau memang semuanya disebut jibo dan konco2nya. Fitnah lagi?

      Itu Najib. Skrg mari tgk Kejora.

      Bila saya beri contoh analogi berbalik tntg Najib mengatakan 'kalau saya nak menyamun takkan saya bawa masuk akaun dlm negara' dan bahawa fakta akaun itu mmg akaun dlm negara menunjukkan secara mantik Najib telah menyamun, Kejora tlh kata saya bodoh, munafik, hanya tahu sastera Arab tp tak tau ilmu mantik dll.

      Kemudian bila tiba isu Tun M ke parlimen tetiba dia kata Tun M bunuh syahid Memali. Bolak balik isu.

      Bila saya hujahkan Tun M tiada di Malaysia dan fatwa rasmi telah diberikan mereka bkn syahid, dia kata pula Tun M tetap kena tggungjwb sbg PM. Eh, bukan tadi dia sebut Tun M bunuh? Skrg sebut brtggjwb pula.

      Kemudian bila saya kata kalau PM kena tggungjwb maka Najib kena turun sbb majoriti dah tk nk dia lagi, dia jwb itu disebabkan fitnah.

      Cerita mana fitnah? Kisah Najib dn 2.6b dlm akaun atau kisah Tun M suruh polis bunuh Memali? Semua bukti tunjukkan arahan diberi oleh Tun Musa. (masa tu hp pun belum wujud).

      Nyatalah dia yang sbnrnya memfitnah apabila menuduh Tun M membunuh Memali dan menegluarkan fatwa bertentangan dgn majlis.

      Bila saya sebut tntg fatwa dia tanya tntg 2 jenis syahid pula.

      Ringkas tntg syahid; adalah mati di jln Allah dlm pertahankan salah satu maqasid syariah. Saya cuma nak ambik 2 iaitu agama dan harta.

      Ibrahim Libya mati bertempur dgn polis. Majlis Fatwa juga keluarkan fatwa depa tak syahid. Mengapa? kembali kpd maqasid syariah. Adakah dia bertempur dgn polis demi pertahan agama? Kalau ya drpd siapa? Pemerintah?

      Siapa yang kata ya, maka secara analogi berbalik dia telah kafirkan pemerintah iaitu UMNO. Kalau UMNO masa tu pun telah kafir, maka sudah tentu masa skrg pun ia masih lagi kafir.

      Kejora terperangkap dalam fatwa yang mengkafirkan Najib dan dirinya sendiri. Ini adalah analogi berbalik. Ia bukti keterangan yang diterima dlm mhkmh.

      Standard bebal si bolak balik ini mgkn akn jwb 'UMNO kafir masa Tun M dan tidak lagi kafir semasa Najib'. Apa justifikasinya sdgkn perlembagaan UMNO dan perlembagaan negara zaman Tun M dan Najib keduanya sama.

      (Harap ambil maklum bhw pindaan menaikkan taraf mahkamah syariah 121 1A dibuat pa zaman Tun. Zaman Najib berjanji RUU355 sampai skrg hampas).

      Kalau Kejora jawab UMNO zaman Tun pun tak kafir, zaman Najib pun tak kafir, maka bgmnakah kematian Memali dikatakan syahid? Mana justifikasinya?

      Baiklah, mereka tidak mempertahankan agama utk membolehkan digelar syahid, habis adakah mereka pertahankan harta? Drpd siapa? Drpd polis? Ini akan menjadi fitnah ke atas polis pula bahawa polis ingin merampas harta mereka secara salah.

      Kalau menghukum mereka syahid maka secara analogi berbalik, tuan2 telah kafirkan UMNO selaku pemerintah atau menuduh polis cuba mencoroboh/merampas dsbgnya harta atau lain2 milik pemberontak Memali.

      Berbalik kpd hukum syahid tadi, apakah kesan fatwa mereka tidak syahid? Jwpnnya tak ada kesan apa2. Majlis tidak mengatakan mereka ini mati kafir. Ertinya kedudukan keIslaman kedua pihak PAS dan UMNO tidak dipertikaikan.

      Ada pula membuat fatwa mrk syahid maka secara analogi berbalik orang itu telah fatwakan UMNO selaku pemerintah sbg kafir. Kalau UMNO kafir di bawah Tun M, maka ia kekal kafir di bwh Najib disebabkan perlembagaan UMNO dan perlembagaan negara adalah sama di zaman kedua2nya.

      Padam
    2. لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ
      Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

      Dah jelas maksud ayat 196 surah, Al-'Imran tu.

      Ayat Quran pun ko nak spin jugak ker 'ostat' John BoDoe?

      Padam
    3. Usahasama yg untung adalah najib dengan jho lo

      Padam
    4. 2.34-ko suka kaler aper?lantalk ko laa..

      Padam
    5. Kejora,

      Aku spin atau kamu jahil? Spin itu sifat kamu dan bukan aku.

      لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ

      Maksud ayat itu ialah 'janganlah kamu terpedaya dengan bolak-balik orang-orang yang kafir itu di dalam negeri'.

      Bukankah ayat ini adalah nasihat jangan biarkan diri kita terus menerus diperdaya dgn bolak balik sekumpulan manusia lain?

      Sekalipun ia mengkhususkan kepada orang kafir tapi nasihat itu jatuh umum. Ia tetap terpakai sekiranya yang melakukan bolak-balik itu ialah orang-orang yang zahirnya Islam.

      Aku taknak bawakan versi tafsiran bahawa kalimah allazina kafaru yang bermaksud orang-orang yang kafir itu boleh sahaja jatuh di kalangan orang-orang yang zahirnya Islam di atas alasan di dalam AlQuran ada ayat yang mengkafirkan orang-orang Islam sendiri di atas apa yang mereka perbuat, disebabkan tidak mahu orang-orang jahil spt kamu spin dan menganggap enteng perbuatan mengkafirkan orang.

      Sekiranya kalimah orang-orang kafir di dalam ayat tersebut diambil secara khusus maka seseorang akan berkata 'kita hanya tidak boleh membiarkan orang kafir membuat bolak balik dalam negeri, tapi orang Islam tak apa biarkan mereka berbolak-balik". Tafsiran sebegini sudah tentu jauh dari kebijaksanaan manusia. (Ntah kamu mampu faham ataupun tidak ni? Kamu kan jelas tiada kebijaksanaan).

      Aku dah hujah benda ni dulu. Skrg aku ulang balik untuk pecahkan kebebalan kamu walaupun aku rasa kamu super bebal.

      Ayat itu menggunakan kalimah taqallub. Kamu hanya lihat terjemahan tapi aku faham maksudnya dalam bhs Arab sendiri. Kamu sendiri iktiraf aku belajar sastera arab kan?

      Kekadang terjemahan yg ada tidak menepati maksud yg sebenar. Terjemahan yang betul untuk taqallub ialah 'bolak balik'. Sebab itu hati manusia dipanggil qalb / qulub sebab sifatnya bolak balik.

      Sebab itu ada satu doa yang berbunyi 'ya muqallibal qulub thabbit qalbi a'la dinika wa thoa'tik' yg bermaksud 'wahai pembolak balik hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu'.

      Kalau kamu masih buat2 tak faham ketahuilah ianya adalah kerana kamu memang bebal.

      Apa pun aku dah explain ayat itu.

      Skrg sila jawab kandungan hujahan aku. Kamu yang meminta hujahan itu kan.

      Silakan menjawab kandungannya.

      Padam
    6. Kejora, sekiranya kamu tidak menjawab kali ini aku akan tanya sekali lagi untuk genapkan tiga kali disebabkan kali ini kamu telah menjawab dgn soalan dan soalan itu aku dah jawab.

      Jawab atau tidak itu pilihanmu.

      Padam
    7. Kamu tu yg pura-pura tak faham John boDoe biol munafiq.

      Siapa lagi puak kafir dlm negeri yg nak memperdaya kamu selain dari puak babi yg boss kamu si Matdey jilat bontot tu. Puak babi ni ler yg mengintai keuntungan dgn menjadikan orang2 munafiq bengap dungu spt Matdey & kamu ini sbg keldai tunggangan.

      Orang munafiq spt kamu ini akan buat apa saja demi keegoan yg tinggi & juga demi kepentingan diri sehingga memutarbelitkan ayat Quran pun kamu sanggup.

      Sudah lah 'ostat' John boDoe munafiq...

      Padam
    8. Kejora.

      Itu saja jawapan kamu?

      Bila pula aku pura2 tak faham? Hujahan aku datang dengan dalil dan penerangan lagi. Takkan kamu nak aku setuju saja dgn kamu pada ketika aku tahu kamu salah.

      Kamu langsung tak boleh bagi apa2 dalil dan kemudian terus jump melabel lawanmu munafiq. Setakat itu rupanya kehebatan kamu itu.

      Kamu bukan saja tidak mendatangkan apa-apa dalil malah langsung tidak menjawab perkara2 yang asalnya kamu bangkitkan.

      Kalau kamu masih ingat, asal aku tak nak hujah dengan kamu sebab kamu asyik bolak balik tapi kamu yang kata aku takdak hujah dan reka cerita hp hang. Kini bila aku hujah dengan kamu, kamu terus bagi label tanpa dalil.

      Memutar ayat AlQuran itu kerja kamu dan bukan aku. Aku malah telah berikan dalil daripada satu doa yang sangat masyhur iaitu 'ya muqalibal qulub, thabbit qalbi a'la dinika watthoa'tik'. Kalau kamu google doa ini kamu akan lihat semuanya terjemah ini sebagai 'pembolak-balik hati'.

      Kamu hanya petik terjemahan yang tidak tepat dan langsung tak bagi dalil.

      Berkenaan dengan hujahan aku tntg bbrp perkara itu pun langsung tidak berjawab.

      Kini jawapanmu ialah 'sudahlah'.

      Aku anggap ia pengakuan kamu tidak ada hujahan balas.

      Aku takkan hambat kamu lagi dalam isu2 ini.


      Padam
  4. Islam agama rasmi malaysia adalah INDAH pada nama
    Melayu beragama islam hanya lah RETORIK pada nama
    JAKIM, MENTERI AGAMA, MUFTI, CENDIAKAWAN ISLAM HANYA GAH PADA NAMA

    Rasa hormat sekelumit pun dah tiada.

    Rasa jelek sehingga muntah.

    Bangsa dah dibangsatkan, agama jadi guarantee jual beli dan negara sebagai cagaran.....INIKAH ISLAM YANG KITA MAHU.....?

    BalasPadam
  5. Sehingga kini kekuatan big boss sprm hanya tulis surat berbunga indah. Itu pun ditolak mp pembangkang kerana mengaitkan mereka dgn rasuah. Tapi mp bn diam tanda setuju dgn apa yg dituliskan oleh big boss sprm. So, macai kena faham, sapa yg terima rasuah bila baca surat terbuka itu. Itu sahaja keberanian sprm peringkat tinggi.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Anjing Jibo

      Anjing Jibo di blog ini sekor saja. Tapi coba membayangkan dia ramai, konon. Selalu masuk tak pakai nama, ada masa menyamar pakai nama yang orang lain dah pakai di sini, ada masa pakai nama seperti Keris Berayon dll. Semua Protun di sini tahu bahawa yang di hayon nya ha nya bola dia. Dan bola Jibo, bos dia.

      Bola yang kecut sebab Jing Jibo ni dah tua. Masuk sini pagi petang siang malam, walau pun pukul 2-3-4 pagi. Menipu, membohong, memfitnah. Dah tua baka tapi otak budak kecik. Itu pasal apa yg dia cakap selalu nya mcm bebudak.

      Anjing Jibo ini gunakan berbagai mode, cara, gaya bahasa, nada bercakap. Kekadang guna mode bertitik ... kekadang mode bebudak kikiki, hahaha, hehehe, puiiii, terakhir ini Warghh kaahh kaahhh kaaahhhh pulak. Terakhir lagi, banyak pantun memantun macam kartun. Di salin C&P nya pulak, selalu ulang rangkap yang sama. Lagi terakhir: dia salin komen2 Nek Tempoyak atau tulis atas nama itu.

      Tapi pada umum nya - terutama nya bila dia dah tak tahu nak response atau meradang – Jing Jibo itu mengarut, mengata Go Fly Kite, maki hamun dan mencarut. Dia di kasi makan dedak, takda melukut yang ada habuk beras sikit pun, takda zat, tak membina otak nya. Pengtahuan nya cetek, selalu nya bodoh, bangang, bongok, bingong, bingal, baghal.

      Anjing Jibo ini ia lah contoh penyokong yang Jibo kata di kempen PRU13 ada lah “bangang, hamjadah”, sebab tak membantu dia sikit pun dengan mengeluarkan fakta dan hujah yang munasabah untuk menaikkan imej dia yang merudum.

      Kita teruskan balas, bidas, sebat, belasah, hentam, tibai, kritik, kutuk, ketuk, sekel, pelangkong, kentot dan tahikan dia. Itu saja cara nak deal dengan dia.

      Pada masa masa nya, jangan pedulikan dia, pulaukan dia.

      Padam
  7. kajian tunjukkn cina mrh dap bersama mhtir bersatu.dlm korg berangn Melayu ramai sokong bersatu cina plk lari..berangan la sampai mampos nk kalahkan umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kajian sapa? Kajian bapak kau ke? Cina nak sokong bn? Ringgit nak cecah 4.5 lagi mau sokong bn?

      Padam
    2. Ko nak cucuk jarum ke, 3:24 PTG? Dah lupa Najib bongkok ke belakang sampai nak patah pinggang nak ambik hati Cina di PRU13, tapi di kasi Tsunami Cina.

      Taruk jarum dlm lobang belakang kau le.

      Padam
    3. Mimpi la korang..hahahahahaaha..kita tgk pru nti korg yg mampos umno ttp hidup.lps pru nti aku dtg komen.. cau

      Padam
    4. Cina marah jibo sebab dakwa lGE kerana nak jatuh LGE..tuduhan kpd Lge beli banglo murah tak berkaitan langsung dengan tukar syarat tanah..cina bukan bodoo

      Padam
    5. 3:24 jelas menunjukkan ciri dia yang terkinja-kinja kpd sokongan Cina.

      Lidah bercabang. Sekejap kutuk BERSATU kerana kononnya laparkan sokongan Cina sekejap kata Cina dah tak sokong pula.

      Padam
  8. TERKINI

    Former private banker Yak Yew Chee gets 18 weeks' jail, fine in 1MDB-related case

    BalasPadam
  9. Aku cadangkan korang buat solat hajat mintak telingkup sesiapa yg jahat dalam UMNO, kemudian tunggulah balasan ALLAH.
    Dulu TGNA pun buat gitu , Dan aku rasa sebahagian dp permohonan telah pun dimakbulkan.
    Korang nampak tak siapa yg telingkup sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Najib, on the way to telungkup

      Padam
    2. Rasamye matdey dg geng2 kepala longgar telah telingkup

      Padam
  10. Dari jilat lendir dan kahak je dah sampai jilat nanah penulis blog ni. Ini daei media corp tentang hal perjalanan perbicaraan....pandai ko spin ye dan tambhangula dan garam...

    SINGAPURA: Lebih banyak perincian didedahkan di mahkamah hari ini (2 Nov) tentang rangkaian hubungan yang rumit melibatkan bekas-bekas kakitangan bank Swiss BSI, yang dipercayai terbabit dalam operasi pelaburan wang haram berkaitan syarikat 1MDB.

    Butiran tentang bagaimana urus-urus niaga haram dijalankan hingga menjejas bank itu juga didedahkan.

    BSI memeterai satu persetujuan dengan syarikat pengurusan dana Bridge Partners International Management pada 2012, melibatkan AS$2.3 bilion (S$3.2 bilion) dari Brazen Sky yang dimiliki 1MDB.

    Bekas pegawai bank BSI, Yak Yew Chee yang menjadi orang tengah dalam urus niaga itu. Dia juga secara peribadi menguruskan akaun-akaun hartawan Malaysia, Jho Low dan entiti-entiti berkaitan 1MDB.

    Butiran-butiran itu didedahkan oleh bekas pengarah khidmat pengurusan harta, Encik Kevin Michael Swampillai, pada hari kedua beliau memberi keterangan di mahkamah.

    Encik Swampillai, yang membantu untuk merundingkan perjanjian itu, merupakan saksi utama pihak pendakwaan dalam perbicaraan pertama di dunia berkaitan siasatan terhadap 1MDB. Rakan kerjanya, bekas perancang harta Yeo Jiawei, juga terbabit dalam urus niaga itu.

    Yeo, 33 tahun, sedang dibicarakan kerana dipercayai menggesa saksi-saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti. Dakwaan lain bagi pelaburan wang haram, menipu, dan pemalsuan akan diuruskan dalam perbicaraan berasingan pada April depan.

    Bersambung....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada masa pakai nama seperti Keris Berayon dll. Semua Protun di sini tahu bahawa yang di hayon nya ha nya bola dia. Dan bola Jibo, bos dia.

      Padam
  11. setelah lebih dari 6 tahun si jahil yang sombong itu disuap dengan khabar berita Najib menyonglap berbillion ringgit melalui 1MDB, lalu mereka beriman tanpa ragu dan sangsi.

    Ironinya setiap "bukti" yg dikumpul tidak dihadapkan kepada siempunya diri (Najib) sebaliknya tertanggung kepada mereka2 yang dituduhkan sebagai "kakitangan" Najib.

    Maha Suci Allahswt - diberikan kepada seorang muslim yg berbangsa Melayu kuasa yang sebegitu kecil sebagai Perdana Menteri di sebuah negara yg daulatnya tiada tara berbanding kuasa besar dunia.

    Namun si Muslim ini mampu membuatkan seluruh dunia tiada daya melainkan "melihat" tanpa mampu berbuat apa-apa, bagaikan si tua yang menghampiri saat kematiannya.

    Bukan sedikit usaha, masa, dan wang ringgit yang dileburkan, sudah bergunung "bukti" yg dicanang hatta untuk menyabitkan si Muslim ini pun mendatangkan debar yg tidak tertanggung kepada mereka (lalu mereka menamakannya sebagai MO1).

    Maka bingung lah para pencatur akan kisah 1MDB - tiada pernah mereka menemukan sosok begitu hebat jauh melangkaui nama2 besar dari kalangan si Muslim yg mereka telah lenyapkan dari dunia ini.

    Benarlah janji Allahswt - Si Yahudi itu lalu menjadi gementar, si Nasara mula berpeluh dingin - sedangkan mereka telah menghancurkan negara-negara Arab lalu mereka meletakkan sebodoh-bodoh muslim sebagai pemerintahnya.

    Kemudian ditambahkan kepada mereka penghinaan yg jelas nyata - sebagaimana misterinya kehilangan MH370 - kisahnya dikhabarkan khas untuk si jahil yg sombong itu agar beriman dengannya, betapa ia adalah didalam perancangan dan pengetahuan Si Muslim yg bernama Najib Tun Abdul Razak -

    demikian juga dengan misteri nya kehilangan "saksi" utama mereka, seorang jejaka non musim bernama JHO LOW - bahkan si Yahudi yg menjadi lidah media utama antarabangsa disekutui si Nasara yg merupakan biro penyiasatan nombor satu dunia juga bagaikan disihir dengan kehebatan si Muslim ini - bahkan merayu agar diserahkan pemuda kafir itu (JHO LOW) kepada mereka.

    Erm, lupakan sebentar akan perihal si jahil yg sombong yg melata dengan kebodohannya - lisan mereka tidak terikat kepada ilmu,iman dan akal.


    erm, lupakan sejenak kepada sijahil yg sombong itu

    BalasPadam
  12. Sambungan....

    Kedua-dua Yeo dan Encik Swampillai mempunyai kepentingan menjangkaui peranan profesional mereka dalam hal itu - mereka menjadi orang tengah dalam perjanjian kedua yang dirahsiakan, di mana mereka mengaut keuntungan berjuta-juta dolar dalam apa yang dikenali sebagai "perjanjian Brazen Sky" tanpa pengetahuan majikan mereka.

    Kedua-dua lelaki itu menubuhkan syarikat palsu Bridgerock Investment dan GTB Investment, dan hasil untung secara senyap-senyap disalurkan ke dalam syarikat-syarikat itu dengan bantuan syarikat palsu ketiga - Bridge Global Managers yang ditubuhkan Encik Samuel Goh Sze-Wei.

    Encik Goh diberikan sebahagian untung haram yang dikaut kedua-dua lelaki itu atas bantuannya itu, kata Encik Swampillai.

    PENGURUSAN LEMAH DI BSI

    Encik Swampillai bercakap terus terang hari ini, seperti dilakukannya pada hari pertamanya memberi keterangan di kandang saksi di mahkamah.

    Beliau mengaku bahawa para pegawai bank BSI diberikan kebebasan dalam urus-urus niaga mereka bersama para klien. Beliau menyifatkan pengurusan BSI sebagai jawatankuasa yang tidak berkesan.

    "Mereka tidak ada sebarang kuasa. Hanya setelah itu, pada 2016, selepas hal ini semua berlaku... apabila semua isu itu terbongkar, BSI cuba memperkukuhkan pengurusannya. Tapi ia sudah terlalu lambat," katanya.

    Keputusan dibuat oleh pegawai bank individu yang terlibat dalam sesuatu urus niaga, kadangkala setelah berbincang dengan bos mereka, kata Encik Swampillai.

    Beliau mengaku bahawa Yeo mengirimkan e-mel kepada beliau tentang keprihatinan seriusnya tentang "seorang klien tertentu", yang difahamkan adalah Jho Low. Mereka membincangkan keprihatinan-keprihatinan itu dan melaksanakan "perubahan-perubahan tertentu...yang akan meredakan keprihatinan Yeo," kata Encik Swampillai.

    Setelah itu, perjanjian Brazen Sky dimeterai.

    SWAMPILLAI: YEO PESERTA YANG AKTIF

    Sebagai respons kepada tanggapan peguam bela Encik Philip Fong bahawa beliau seorang yang mendalangi urus niaga haram itu supaya dapat mengaut untung haram itu sendiri, Encik Swampillai berkata Yeo turut sama berminat dengan rancangan itu.

    Encik Swampillai juga menafikan beliau yang merancang pertemuan 27 Mac di Swiss Club di Singapura, di mana Yeo dituduh mempengaruhi saksi-saksi utama dalam siasatan Singapura terhadap 1MDB - iaitu Encik Swampillai dan Encik Goh.

    Yeo dipercayai meminta kedua-dua lelaki itu supaya berbohong kepada Jabatan Ehwal Komersil (CAD) dan memberikan mereka idea cara menutup kesalahan itu untuk menjelaskan bagaimana wang disalurkan dari firma Encik Goh, Bridge Global Managers ke syarikat-syarikat mereka sendiri, Bridgerock Investment dan GTB Investment.

    Ketiga-tiga mereka bersetuju untuk memberitahu CAD bahawa wang itu melambangkan
    pelaburan Encik Goh, dan Bridgerock Investment dan GTB Investment hanya
    menguruskan pelaburannya untuk beliau.

    Namun semuanya terbongkar apabila Encik Swampillai memberitahu CAD tentang perkara sebenar, katanya.


    BalasPadam
  13. Kejora, keris berayon....masih in state of denial????

    Yak dah mengaku bersalah....di jel 18 minggu dan denda sejumlah wang.

    Yeo tengah2 nyawa ikan.....

    Melayu macam anda berdua ada otak ke???

    BalasPadam
  14. Yg menipu adalah si yeo. Mana nama Najib? Mana 1mdb? Betullah seperti kata doj, mo1 adalah mangsa.

    Ikut sedap ko bagi auta kat pembaca blog ko ni. Dah mereka tu bodoh. Kau bodoh2kan lagi.


    Ahakssssss.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni memang bahlol rupenye..perbicaraan ini untuk budak suruhan jho lo..jadi ko tak tahu ape kaitan jho lo dengan najib dan 1mdb laa..ko pun tak tahu doj saman sivil jholo dan dlm kertas saman mengaitkan nama najib menerima 2,6 billion dari rompakan 1mdb...ade lagi yg tongong

      Padam
    2. Bila doj kata MO1 jadi mangsa?

      Padam
    3. Keris berayon,

      Awak ada otak untuk berfikir

      Yeo tak menipu. Yeo disuruh jho low mencari jalan menipu. Jho low tak dapat apa2 kalau najib tak kata LULUS. Ingat Artikel 117 kalau tak silap saya....najib adala kuasa

      Sama juga dengan Yak! Ingat Yak dapat buat rancangan ini tanpa KELULUSAN JHO LOW DAN NAJIB????

      Keris Berkarat,

      Yak sudah mengaku bersalah. Apa maksudnya. Keris orang tajam bukan berkarat dan lembik macam hishamuddin "COROBORATION" EXPERT hingga MH370 hilang terus. Simpanlah sikit kebodohan mu itu....

      Padam
    4. hey, si bingung 😂😇😘..belum pernah terjadi dalam sejarah manusia yg waras "ikan dikail melalui ekornya"

      Tuan2 kamu (media antarabangsa berserta biro penyiasatan nombor satu dunia) gagal untuk mencari jasad JHO LOW sedangkan mereka khabarnya "menguasai" setiap inci dunia ini..

      Kemudian datang "tuntutan" dari sebodoh-bodoh golongan yg sombong seperti kamu agar "sitertuduh" datang menyerahkan diri - untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

      Maka jelasnya keadaan kamu yg bagaikan satu prosa kata sinis - "membangkang dari longkang".

      hehe, apa khabar tuan2 kamu ?



      Padam
    5. Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB
      Reuters | November 11, 2016
      Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.


      SINGAPURA: Unit jenayah kolar putih Singapura julung kali mengenal pasti ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
      Pendedahan itu dibuat seorang penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura.
      Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low antara orang yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.
      Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
      1MDB diasaskan Najib yang pernah mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu, kini terbabit dalam siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
      Najib yang menafikan sebarang salah laku berjanji Malaysia akan bekerjasama dalam mana-mana siasatan antarabangsa.
      Oh Yong Yang, seorang pegawai polis Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) memberitahu sebuah mahkamah di Singapura yang Low disiasat sejak 2015.
      “Low Taek Jho adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga adalah orang berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang kuasa lain…Ia bermula pada 2015.”

      Beliau berkata demikian pada perbicaraan Yeo Jiawei, bekas pengurus bank BSI yang berdepan 4 pertuduhan berkaitan cubaannya memutar belit proses keadilan dengan memujuk saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti.
      Pegawai CAD itu berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investments di Abu Dhabi, Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Ahmed Badawy Al Husseiny, turut disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram.
      Husseiny digantikan sebagai ketua eksekutif Aabar Investments tahun lalu, selepas memegang jawatan itu sejak 2010.
      Yeo memberitahu mahkamah, Jho Low adalah pelanggan utama BSI dan memperkenalkan 1MDB kepada bank swasta itu.
      Reuters gagal menghubungi Jho Low, Eric Tan atau Husseiny.
      Yeo turut berdepan 7 pertuduhan berasingan, termasuk pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan yang akan dibicarakan tahun depan.
      Bank pusat Singapura mengarahkan operasi BSI ditutup pada Mei lalu dan meminta Jabatan Peguam Negara menyiasat 6 pegawai kanan pengurusan dan pekerja BSI.
      Perbicaraan Yeo berakhir hari ini.

      Padam
    6. Hi Unknown.

      Lama kamu menghilang selepas aku meminta kamu tegur sahabatmu agar menjauhi sikap mengkafirkan orang lain. Kamu muncul terus cakap tentang akal dan iman orang padahal rakanmu itu telah berkali beramal dengan mengkafirkan orang lain.

      Tak apalah, skrg kita dah conclude bahwa kamu memang tidak berani menasihatkan secara terbuka si Kejora agar menjauhi perbuatan takfir.

      Kamu masih dgn bahasa bunga2 dan kata2 slogan tanpa fakta di belakangnya untuk justify? Tak apalah itu pun.

      Kini kamu mengatakan kami bertuankan Yahudi pula? Bila masa kami seronok dgn Yahudi. Hanya seorang shj dalam ni yang seronok terkinja2 dgn kemenangan Trump si proksi Yahudi.

      Silakan kamu nasihati dia jgn terkinja-kinja dgn kemenangan Yahudi. Kalau kamu pun nak berseronok dengannya silakan.

      Ada pula tentang songlapan berbillion2 oleh Jibo kamu masih nak pusing lagi? Tak apalah, cuma ini saja soalan2 aku:-

      1. Siapakah yang menurunkan t/t di atas semua transaksi kewangan 1MDB? Dan menjadi satu2nya individu yang mengarahkan segala2nya?

      2. Adakah cerita 2.6b dalam akaun ini tidak diakui oleh Jibo? Berbagai versi untuk satu soalan.

      3. Siapakah yang authorize pembayaran 26b kpd sykt palsu sabar itu?

      4. Siapakah yang bercakap di dalam parlimen konon duit pelaburan di Cayman telah dibawa balik secara tunai dan kemudian menukar ceritanya pula dari tunai kepada unit.

      5. Bukankah Akta Malaysia sendiri sebut derma sebagai salah satu tafsiran rasuah?

      6. Sejak bila wang sesat dalam akaun peribadi seseorang, bukan kecil anak 42m hanya memadai untuk tuan akaun berkata "saya tidak tahu dari mana wang itu datang" cukup untuk NFA fail siasatan ke atasnya padahal ia telah sewenangnya membelanjskan wang itu?

      Utk maklumkan kamu semua berita di atas ada dalam TV3, Utusan Malaysia dan Hansard Parlimen. Adalah ketiga2 ini juga medium Yahudi?

      Faham kalimah bolak-balik? Ia adalah tanda yang menjawab itu menipu kerana menukar2 jawapan bagi satu soalan fakta.

      Pls stick to this issue. Jgn melompat2 isu lain. Kita boleh ke isu lain kemudian in shaa Allah.

      Padam
  15. BODO MACAI KUTTY BUKAN SEBARANGAN BODO
    BODO BERTINGKEK TAK PERLU SELALU DISOBUT
    PEKERJA BSI YG KORUP DAN INTIGRITI TAK ADO
    NAMO NAJIB LANSUNG TAK DI SOBUT SOBUT


    kikikiki....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Darimana duit itu? 1MDB N SRC.

      Univ mana u graduate, malukan melayu dan islam.

      Semua arroe tuju najib nanti.

      Jawab....kenapa apandi tak hendak bagibmaklumat pada AG swiss? Budak tadika lebih berilmu dari anda....

      Lepas itu nak orang hormati bangsa melayu dan islam

      Padam
    2. Nomo klepek takdo disingapor..namo najib di AS..namo najib kluar dimalaysia selepas pru14...kikiki

      Padam
  16. si jibby peduli ape...dia tgh syok shalalala dgn president filipina

    BalasPadam
  17. Ini baru perbicaraan tuduhan memusnahkan bukti penggubahan wang haram dari dana 1mdb...tiada kaitan dengan Najib..macai bodoo tak tahu hujung pangkal..nak belit jer

    BalasPadam
  18. Ajaran agama aku islam mencuri ato merompak adalah kesalahan besar yg dihukum potong tangan..bersubahat dengan kemungkaran adalah haram..jadi aku tak boleh pilih umno yg berketuakan perompak...ajaran agama lain aku tak tau lah samada merompak dibolehkan..kerana aku tengok ramai yg bela kepala perompak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr, apa yang saya faham kalau yang mencuri itu adalah seorang pemimpin yg diamanahkan menjaga kemaslahatan rakyatnya maka hukumnya adalah diharamkan syurga.

      Yang saya faham juga diharamkan syurga bermakna kekal di dalamnya. Wala'yazubillah.

      مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوْتُ يَوْمَ يَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٍّ لِرَعِيَّتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

      Tidaklah mati seorang hamba yang Allah minta untuk mengurus rakyat, sementara dia dalam keadaan menipu (mengkhianati) rakyatnya, kecuali Allah mengharamkan surga bagi dirinya (HR al-Bukhari dan Muslim).

      Dan menyokong pemimpin khianat ini juga telah dibincangkan sebelumnya.

      Padam
  19. Pantun sampah dr sikejora bebal ni boleh selamatkan yeo x kt dlm court?

    Ke mangkok berayon tau investment mane dr 1mdb bleh byr hutang lbh 50B?
    Xle byr pokok bunga pun jdk lah

    BalasPadam
  20. Mahathir dah kena sumpah org PAS, sekarang terhegeh2 minta sokongan org kafir.

    BalasPadam
  21. 5:51 Setuju. Nabi pun tak mahu ngaku umatnya jika sokong kemungkaran.....tak boleh cium syurga. Na'uzubillah.

    BalasPadam
  22. Adakah betul Najib terima wang berbillion-billion ke dalam akaun peribadi?”

    Jawapan 1 : (Diam)
    Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.
    Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.
    Jawapan 4 : SWIFT Code di dalam dokumen WSJ adalah tidak benar
    Jawapan 5 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.
    Jawapan 6 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.
    Jawapan 7 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.
    Jawapan 8 : Najib tidak jadi saman WSJ kerana dia tidak terkenal di Amerika Syarikat
    Jawapan 9 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun peribadi sendiri untuk terima wang
    Jawapan 10 : RM2.6 billion itu tidak wujud.
    Jawapan 11 : RM2.6 billion itu adalah derma
    Jawapan 12 : Akaun peribadi Najib sebenarnya adalah akaun amanah atas nama Umno
    Jawapan 13 : Lebih baik Najib pegang wang dalam akaun peribadi dari dipegang oleh proksi
    Jawapan 14 : Penderma RM2.6 billion itu adalah adalah dari Timur Tengah
    Jawapan 15 : Sedekah RM2.6 billion datang dari penyokong-penyokong Umno
    Jawapan 16 : Najib berhak untuk merahsiakan derma kerana ianya untuk akaun peribadi
    Jawapan 17 : Duit derma lebih selamat di dalam akaun peribadi Perdana Menteri
    Jawapan 18 : Ahli-ahli Umno memang dah lama setuju wang sumbangan boleh masuk ke dalam akaun peribadi Presiden
    Jawapan 19 : Duit itu guna untuk pilihanraya dan kerja kebajikan
    Jawapan 20 : Duit itu guna untuk melawan ISIS
    Jawapan 21 : Duit itu guna untuk melawan DAP dan YAHUDI
    Jawapan 22 : Duit itu guna untuk melawan Muslim Brotherhood
    Jawapan 23 : Duit itu sebagai tanda terima kasih kerana Malaysia berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
    Jawapan 24 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang
    Jawapan 25 : BERSIH dan pembangkang juga menerima duit derma dan perlu isytiharkan penderma mereka
    Jawapan 26 : Jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun Mahathir sudah berlalu
    Jawapan 27 : Dulu Tun Mahathir pun mesti dapat derma dalam akaun peribadi untuk pilihanraya
    Jawapan 28 : Bank Negara sudah lama tahu, dan saya tidak melakukan apa apa kesalahan
    Jawapan 29 : Ada ramai penderma, bukan seorang penderma
    Jawapan 30 : Zahid Hamidi jumpa wakil-wakil penderma
    Jawapan 31 : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6 billion untuk kegunaan Umno
    Jawapan 32 : Henti kan fitnah. Saya tidak pernah menyoal Pak Lah bagaimana dia cari duit untuk pilihanraya
    Jawapan 33 : Menuduh Najib adalah sama seperti menyerang umat Islam Malaysia
    Jawapan 34 : Walaupun saya telah memecat ramai orang, saya berjiwa besar
    Jawapan 35 : Jangan persoal cara Najib Razak memerintah. Dia perintah mengikut sunnah Nabi
    Jawapan 36 : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang
    Jawapan 37 : Raja Arab sebelum meninggal memberi sedekah RM2.6 billion kepada Najib
    Jawapan 38 : RM 2.03 billion telah di pulangkan kembali kepada Raja Arab sebab tak habis digunakan
    Jawapan 39 : Derma sedekah itu adalah hal peribadi antara Najib dan Raja Arab
    Jawapan 40 : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti.

    BalasPadam